Penggunaan internet memberi kesan yang besar terhadap kehidupan kita hari ini termasuklah rangkaian media sosial. Kajian pada tahun 2015 memberitahu sebanyak 18 juta pengguna media sosial yang aktif di Malaysia dan angka ini semakin bertambah dari tahun ke tahun.

Sedar atau tidak, pengaruh media sosial sangat hebat hari ini. Dan apabila menyentuh berkenaan media sosial, perkara yang viral atau tular ini adalah topik utama. Persoalannya, adakah ia baik atau tidak?

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tamparan media sosial sangat menakjubkan, ia boleh jadi kedua-duanya sekali. Antara baik dan juga buruk.

Oleh kerana ianya percuma, semua orang bebas menyebar sesuatu isu tanpa sempadan baik berbentuk cerita, berita, video atau gambar. Siapa yang paling hangat, dialah yang paling mendapat perhatian.

Kalau hendak dibandingkan, berita berunsur negatif lah yang paling banyak mendapat perhatian. Tak kiralah samada berita pak cik berkopiah bermanja-manja dalam kereta, makcik tua bergaduh di tempat letak kereta atau seumpamanya. Cepat sangat tersebar.

Zaman sekarang semua orang mahu jadi yang paling cepat sebar berita. Sahih atau tidak itu belakang kira.

Sebenarnya yang mendorong tindakan ini adalah pemikiran individu tersebut termasuk yang menyokong. Tahap kematangan seseoranglah yang menentukan siapa mereka. Kalau anda lihat lebih banyak keburukan di media sosial, itu petanda tahap kematangan rakyat Malaysia masih lagi dalam paras kritikal.

Setiap orang bertanggungjawab dengan apa yang mereka sebar di media sosial, termasuk yang berkongsi. Pastikan setiap perkara yang ingin disebarkan benar, tidak menceroboh hak peribadi orang lain termasuk unsur berbaur fitnah serta hasutan.

Sifirnya, orang yang baik tidak suka berkongsi sesuatu yang sia-sia seperti berita kotor, khabar angin, atau gosip murahan semata-mata dahagakan perhatian. Berbeza dengan orang yang sebaliknya.

Apa yang anda kongsi sedang memberitahu siapa anda.

Jadikan medium internet hari ini membentuk komuniti yang membawa kebaikan khasnya rakyat Malaysia. 3 Tahun lagi kita hampir mencapai wawasan 2020, maka menjadi tanggungjawab kita untuk memastikan aplikasi dalam media sosial terus relevan sebagai penyalur maklumat yang positif.

Saya sangat gembira jika anda kongsikan kisah inspirasi dan cerita positif bersama pembaca di Vocket. Hantarkan ke email bukhari{at}thevocket.com atau klik di sini.