“Ada berapa level bidang volunteering ni, kak?”, tanya seorang hamba Allah kepada saya.

Termenung saya dengan soalannya. Tak pernah terfikir pula nak tau ada berapa level. Atau nak cipta berapa level. Saya minta untuk simpan soalan dia dulu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Semalam saya teringat semula soalan yang belum terjawab. Saya jenguk akaun media sosial rakan-rakan NGO dan sukarelawan untuk mencari jawapan. Saya lihat kerja mereka, saya baca berita yang mereka kongsikan.

Lalu saya putuskan, ada 3 level sukarelawan (mengikut pendapat peribadi saya):

1. Newbies – baru nak cuba
2. Intermediate – dah suka dan join bila free
3. Expert – dah fall deep tak boleh nak tinggal at least untuk beberapa tahun. Jadual sukarelawan masuk sebahagian daripada jadual harian hidup.

Saya harap sukarelawan yang dah masuk level 2 dan 3 akan masuk ke tahap seterusnya iaitu level istiqomah mengubah dunia. Sounds crazy, right?

Tapi dengan tahap politik dan persekitaran yang ada sekarang, kita dah kena masuk fasa mesti tolong. Wajib tolong.

Bukan lagi sebab nak fulfill masa yang lapang, mencari pengisian hati, kerana ia trendy, hipster dan lain-lain. Sebab mereka yang ditolong ini perlu ditolong.

Misalnya, generasi pemimpin yang akan memimpin negara 20 tahun dari sekarang dan generasi yang akan menguruskan bumi ini 10 tahun dari sekarang.

Mereka perlukan persediaan untuk menjadi dewasa, berkeluarga, memimpin negara, memimpin dunia dan yang mustahak ialah menegakkan agama.

Walaupun kita sendiri pun terikat dan tersepit dengan ekonomi sekarang ini, sukarelawan pun turut struggle nak survive dalam ekonomi hari ini. Unfortunately.

Ada banyak isu yang nampaknya rakyat juga kena berganding tangan membantu membaiki keadaan. Tak boleh nak lepas tangan harapkan pemerintah semata-mata.

Yang paling saya risau dan mula nampak tanda-tanda awal ialah 10 tahun akan datang saya khuatir penerima zakat adalah lebih ramai berbanding pembayar zakat. Jauh lebih ramai. Berganda-ganda ramainya.