Pelakon, Puteri Sarah membuka mulut untuk memperjelaskan isu mengenai suaminya yang juga seorang pengarah, Syamsul Yusof untuk berbincang dengannya selepas dia membuat pengakuan sudah bernikah dengan Ira Kazar, semalam.

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di Instagram milik Puteri Sarah, dia mengatakan selama empat tahun kemelut masalah rumah tangga mereka itu, Syamsul tidak pernah jelaskan atau berbincang apa-apa.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

https://www.instagram.com/reel/CnEvDpUB9tY/?igshid=NTdlMDg3MTY=

Persoalan demi persoalan, Sarah menjelaskan sudah setahun kena ‘block’ atau talian disekat oleh Syamsul sehingga ke hari ini, jadi bagaimana cara untuk berbincang bersama.

Malah, Puteri Sarah juga menanyakan soalan berulang kali kepada Syamsul untuk menikahi Ira, namun jawapan Syamsul tetap sama, tidak mahu berkahwin dengan perempuan itu. Dipercayai, Syamsul menyatakan hal tersebut kepada seluruh keluarganya termasuklah ibu bapanya dan semua sepupu.

“Saya menyuruh mereka berkahwin kerana tidak mahu bersubahat dengan maksiat yang dilakukan,” ujarnya menerusi video tersebut.

“Awak patut berbincang dengan ibu bapa saya walaupun awak tak mahu jumpa saya. Ini kerana saya masih ada ibu bapa dan begitu juga awak,” tambahnya lagi.

Bukan itu sahaja, Syamsul turut mendakwa Puteri Sarah keluar rumah bersama anak-anak tanpa keizinannya.

Bagaimanapun, Sarah mengatakan dia perlu tinggal bersama keluarganya sendiri atau keluarga menantu untuk menghilangkan ‘stress’.

“Saya perlukan orang untuk sama-sama menjaga kedua-dua anak kita. Awak tidak ada di rumah dan awak tinggalkan kami.

Jadi, Sarah memutuskan untuk tinggal dengan keluarganya dan keluarga Syamsul kerana memerlukan orang untuk membantu menjaga dan membesarkan kedua-dua anaknya yang bernama Syaikhul Islam serta Sumayyah.

“Saya terkontang-kanting terpaksa menjaga Syaikhul dan Sumayyah. Saya terpaksa jawab soalan mana ayah mereka? Setiap masa saya tipu mereka kata ayah bekerja.

Sementara itu, Sarah turut menyifatkan tindakan yang dilakukan oleh Syamsul seperti seorang pengecut kerana menegakkan benang yang basah. Selepas berkahwin baru membuat pengakuan di media sosial, malah menyalahkan isteri pertamanya, Puteri Sarah.

“Selepas ini kita selesaikan semua ini di mahkamah dan saya tak nak lagi bebankan diri untuk menjawab persoalan mereka,”katanya.

Dalam pada itu, Sarah juga berharap orang ramai mendoakan yang terbaik untuknya mengharungi dugaan dan cabaran ini serta dipermudahkan segala urusan.