#ALSIceBucketChallenge.

Ia adalah satu fenomena yang pada awalnya bermula di negara Amerika Syarikat namun sudah mulai masuk ke negara kita. Nampaknya, Menteri Belia dan Sukan, YB Khairy Jamaluddin juga turut dilaporkan telah menyahut cabaran itu. Di dalam video yang dimuat naik itu, YB Khairy Jamaluddin telah menzahirkan penghormatan kepada Allahyarham Super Mokh atau Datuk Mokhtar Dahari yang dikatakan telah meninggal dunia akibat penyakit ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Selain YB KJ, ada sesiapa yang sudah menyahut cabaran atau berhasrat untuk melakukannya?

Namun, terlebih dahulu jom kita tahu dan fahami apa itu penyakit Amyotrophic Lateral Sclerosis atau ALS yang menjadi punca kepada fenomena yang semakin viral ini. Berikut adalah 5 fakta ringkas yang wajib anda ketahui.

1. ALS boleh memberi kesan terhadap tubuh badan dan minda pesakit.

2. Ia tidak semestinya penyakit keturunan. Dan ia juga tidak berjangkit.

3. Ia lebih banyak berlaku kepada lelaki dan orang berkulit putih. Oleh sebab itu, cabaran ini bermula di Amerika Syarikat. Namun, setiap seorang daripada kita berisiko untuk mendapat penyakit ini.

4. Simptom tidak berlaku secara tiba-tiba. Tetapi, antara tanda-tanda awal penyakit ini adalah kelemahan dan kekejangan otot.

5. Pesakit mungkin boleh hidup lebih lama walaupun kebiasaannya, pesakit yang didiagnosis akan mempunyai jangka hayat sebanyak dua hingga lima tahun lagi.

Dan di bawah ini adalah sebuah video berkenaan satu lagi ALS Ice Bucket Challenge yang telah dirakam oleh pesakit sendiri. Tonton video berikut dan pasti ia mengubah persepsi anda bahawa cabaran ini bukanlah untuk bersuka-suka, tetapi ia adalah untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap penyakit yang benar-benar menakutkan ini!

Sumber: Anthony Carbajal

Kongsikan post ini agar lebih ramai lagi tahu dan faham berkenaan #ALSIceBucketChallenge ini.