Kita sering didedahkan mengenai tamadun terdahulu yang penuh misteri dan menimbulkan pelbagai persoalan. Filem-filem sedia ada di pasaran juga mendedahkan bagaimana peneroka terdahulu menemui bandar-bandar yang hilang.

Tetapi tahukah anda bahawa terdapat salah satu kota yang hilang ditelan zaman di Kedah? Tahukah anda bahawa bandar tersebut direkodkan lebih besar daripada kuil Angkor Wat yang menjadi mercu tanda rakyat Kemboja?

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Melalui laporan terbaharu The Star, difahamkan bahawa terdapat satu kota hilang di Kedah yang mempunyai keluasan kira-kira 1,000 kilometer persegi. Nama kota ini adalah Lembah Bujang yang terletak di Merbok, Kedah jauh lebih besar daripada kompleks Angkor Wat di Kemboja.

Selain itu, menurut rekod ahli arkeologi, tapak kota hilang ini berusia sezaman dengan Rom dan sezaman dengan kejatuhan Mesir kepada Parsi iaitu sekitar 1,900 tahun. Sebahagian ahli turut mencadangkan bahawa kota ini sebenarnya berusia lebih jauh lagi iaitu sekitar 2,535 tahun.

Pada 2010, penyelidik dari Universiti Sains Malaysia menemui tinggalan jeti, tapak peleburan besi, dan monumen bata tanah liat sejak 110 Masihi, menjadikannya struktur buatan manusia tertua yang direkodkan di Asia Tenggara dan para penyelidik juga percaya bahawa terdaoat lebih banyak lagi monumen yang tertimbus di kawasan tersebut.