Mungkin ramai daripada kita yang masih ragu-ragu dengan pembuatan vaksin COVID-19. Ini dapat dilihat daripada komen-komen yang bertandang di media sosial apabila kebanyakkan daripada mereka mempersoalkan pembuatan vaksin terbabit.

Namun, disebalik kekecohan terbabit, tahukah anda bahawa vaksin yang dihasilkan untuk melawan wabak yang melanda seluruh dunia ini direka oleh dua orang tokoh kedokteran yang beragama Islam.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Mereka adalah suami isteri, Dr Ugur Sahin, 55, dan isterinya, Dr Ozlem Turci yang berasal daripada keluarga Turki yang memilih untuk berpindah ke Jerman bagi mencari peluang hidup yang lebih cerah.

Kedua-dua mereka ini adalah pengasas kepada syarikat BioNTech yang bertanggungjawab bekerjasama dengan Pfizer untuk menghasilkan bekalan vaksin.

Dr Sahin telah berpindah ke Cologne, Jerman ketika beliau berusia empat tahun dan sejak daripada kecil dia sudah bercita-cita untuk menjadi seorang doktor.

Mempunyai ijazah kepakaran khidmat terapi imuniti kepada pesakit barah telah mendorong dia dan isterinya menubuhkan sebuah syarikat membangungkan alat imunoterapi kanser.

Apa yang menariknya adalah beberapa tahun yang lalu, Dr Sahin menyatakan bahawa dia berharap bahawa syarikatnya akan mempunyai kepakaran untuk menghasilkan vaksin jika berlaku pandemik global.

Dan kini, impiannya menjadi kenyataan apabila syarikat BioNTech yang menjalinkan kerjasama dengan Pfizer telah berkesan menghasilkan vaksin yang mampu memberi kesan kepada jangkitan wabak COVID-19.

Syarikat yang dibangunkan pada 2008 itu kini sudah mempunyai 1,800 pekerja dan hasil pelaburan besar Pfizer ke atas syarikat BioNtech telah memberi manfaat yang besar kepada mereka dari segi kemudahan uji kaji dan pengkomersialan.

Melawan teori anti vaksin yang kaitkan pesawat OneWorld dengan agenda dajjal. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Melawan Teori Anti Vaksin Yang Kaitkan Pesawat OneWorld Dengan ‘Agenda Dajjal’

Giliran Ulama Islam Pula Dakwa Vaksin COVID-19 Mampu Ubah Orang Jadi Gay

Gara-Gara Menyokong Pengambilan Vaksin, Pendakwah Selebriti Ini Digelar ‘Ustaz Dajjal’

Sumber