Pihak Marvel nampaknya suka dengan direction yang dibawa Taika Waititi dalam Thor: Ragnarok. Beliau secara sah akan kembali ke kerusi pengarah untuk filem keempat Thor.

Projek berkenaan telah ditetapkan akan berada di pawagam pada 21 Mei 2021 dan Waititi kini bakal sibuk untuk mencari pelakon yang akan bersama beliau untuk Thor 4.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Sebelum ini Waititi sebenarnya sudah diambil pihak Warner Bros untuk mengarah filem aksi manga Jepun, Akira. Nampaknya projek Akira perlu dianjak ke hadapan kerana Waititi pasti akan menumpukan sepenuh fokus pada Thor 4.

Ragnarok merupakan titik ‘perubahan’ watak Thor dalam MCU. Beliau kini seorang yang lebih ceria dan memberi mood baharu untuk MCU. Thor juga merupakan watak Marvel pertama yang menerima filem solo keempat, membuktikan watak beliau masih relevan dan diperlukan dalam MCU.

Adakah Thor tetap akan bersama Guardians Of The Galaxy (GOTG) untuk filem ketiga? Marvel masih belum mempunyai tarikh rasmi untuk GOTG 3 dan kemungkinan besar, filem Thor 4 akan ditayangkan terlebih dahulu GOTG. Jika pelannya begini, pasti end credit Thor 4 akan memperkenalkan filem GOTG 3. Hebat planning Marvel!