Ini merupakan satu pencapaian yang membanggakan apabila Taiping tersenarai dalam 100 destinasi terbaik pelancongan eko dunia. Taiping merupakan satu-satunya bandar yang mewakili negeri Perak bahkan Malaysia menerima Anugerah Green Destination ITB 2018 dalam kategori Destination Management.

Untuk pengetahuan anda, anugerah itu dikendalikan oleh ‘Green Destination Foundation’ dan ianya merupakan satu inisiatif kerjasama ‘Green Destinations, European Centre for Eco & Agro Tourism (ECEAT) dan Coastal & Marine Union – EUCC yang berpangkalan di Netherland.

IpohSecrets-TaipingLakeGarden

Malah, sebelum ini Taiping telah menerima Sijil Pematuhan ASEAN Clean Tourist City (ACTC) Standard 2017 pada Disember tahun lalu. Usaha yang dilakukan oleh Majlis Perbandaran Taiping untuk mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa harus dicontohi oleh majlis perbandaran yang lain agar dapat menaikkan sektor perlancong di negara kita.

#RealDeal. Nak dapatkan handphone power 8GB RAM + 128GB Storage? Jom tonton video ini.

Sumber