Bermula dengan sebuah kes kecil di China, siapa sangka COVID-19 mampu menjadi sebuah pandemik sekaligus melumpuhkan sejumlah besar negara di dunia.

Di sebalik penyebaran wabak yang berlaku sekitar China, jumlah kes dan kematian yang dilaporkan ternyata membuat seluruh dunia skeptikal apatah lagi apabila kerajaan China melaporkan negara mereka sudah ‘bebas’ dari wabak COVID-19.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Director-General of the World Health Organization (WHO) Tedros Adhanom Ghebreyesus speaks next to Michael J. Ryan, Executive Director of the World Health Organization (WHO) Health Emergencies Programme during a news conference in Geneva
Sumber: the mail news

Terbaharu, Taiwan baru-baru ini telah mendakwa World Health Organization (WHO) bersubahat dengan negara China dalam penyebaran wabak COVID-19. Lebih serius, pihak Taiwan turut memaparkan e-mel yang dihantar ke WHO yang bertanyakan sama ada wabak ini mampu tersebar mahupun sebaliknya.

Kenyataan yang dibuat ternyata sangat berbeza dengan laporan yang dikeluarkan WHO dimana pihak mereka tidak menerima sebarang e-mel daripada pihak Taiwan yang bertanyakan mengenai penyebaran wabak COVID-19.

GettyImages-960820028-e1580974458203

Selain itu, WHO turut didakwa menyembunyikan fakta mengenai jumlah kes COVID-19 di China serta dikecam kerana mengambil masa sehingga 11 Mac untuk mengumumkan COVID-19 sebagai sebuah pandemik.

Sewaktu Disember 2019, WHO sekadar mengeluarkan kenyataan dimana wabak yang tersebar ini bukanlah wabak yang sama seperti penyakit SARS. Setakat ini, sudah lebih 2 juta kes telah direkodkan dengan jumlah kematian mencapai 120,000.

Untuk pengetahuan ini bukanlah kali pertama China didakwa dengan pembohongan. Sebelum ini agensi perisikan Amerika Syarikat turut berpendapat perkara yang sama jumlah sebenar pesakit kes COVID-19 di China.

Agensi Perisikan Amerika Syarikat Dakwa China Bohong Jumlah Sebenar Pesakit Kes COVID-19

‘Test Kit’ COVID-19 Bermasalah Dari China Buatkan Jumlah Maut Di Sepanyol Meningkat

Warga China Rai Bebas COVID-19 Dengan Membuka Semula Pasar Basah Haiwan Eksotik

Sumber