Taj Mahal yang terletak di bandar Agra, India merupakan salah satu daripada ‘7 Keajaiban Dunia’ dan merupakan Tapak Warisan Dunia. Bagi anda yang tidak tahu, Taj Mahal ini dibina sebagai lambang cinta Shah Jahan Kepada Mumtaz.

Berikutan itu, Taj Mahal menjadi salah satu destinasi pelancongan yang berjaya menarik hampir 22,000 orang pengunjung setiap hari dan kadangkala mencecah sehingga 50 ribu orang.

Untuk pengetahuan anda, sebelum ini pihak berkuasa India hanya membenarkan pengunjung berada di Taj Mahal selama 3 jam dan dibuka dari pagi hingga matahari terbenam.

Terbaharu, pihak berkuasa India telah bersetuju untuk membuka dan membenarkan pengunjung untuk melawat pada waktu malam tetapi dalam bilangan dan hari yang terhad setiap bulan.

https://www.instagram.com/p/B2fAlpBFIsH/

Harga lawatan untuk waktu malam adalah Rs. 750 (~RM 44) dan pada bulan Ramadhan tiada lawatan waktu malam akan dijalankan. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman sesawang ini.

Ingin ke India dalam masa terdekat? Baca tip yang anda perlu tahu sebelum ke India di bawah.

20 Tips Anda Perlu Tahu Sebelum Melancong Ke India

Ini Taktik ‘Scammer’ Di Delhi Dan Agra, India Serta Tip Mengelakkannya

Sumber