Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Sebelum ini, Rita Rudaini mengakui tidak kisah namanya digugurkan daripada mana-mana drama termasuk drama 100 episod kerana belum mengambil vaksin.

Terbaharu, Rita akui ‘bingung’ dengan tindakan segelintir pihak yang turut dirasakan dengki terhadapnya dalam satu perkongsian di Insta Story. Malah, dia tidak kisah jika tidak dapat pulang ke kampung ataupun bercuti.

Rita berasa hairan kenapa ada individu yang sudah cukup syarat untuk merentas negeri bersikap busuk hati dan dengki terhadap dirinya. Tambahnya, apa yang penting sekarang hanyalah kesihatan dirinya dan keluarga.

Dalam perkongsian lain, Rita mendoakan agar mereka yang merentas negeri selamat tiba ke destinasi masing-masing. Namun, Rita sempat menyindir netizen yang sering memaki hamun dirinya sebenarnya sedang ‘berzikir’.

Umum mengetahui, Perdana Menteri telah mengumumkan kebenaran merentas negeri kepada individu yang sudah lengkap vaksinasi pada Ahad lalu.

Tahukah ada cadangan agar mereka yang tidak mahu divaksin perlu tanggung kos rawatan jika terkena COVID-19? Klik pautan di bawah untuk ketahui lanjut.

Pensyarah Kanan UPM Cadang Individu Tolak Vaksin Tanggung Kos Rawatan Penuh COVID-19

Promosikan Cucuk Vaksin ‘Kosong’ Dan Sijil Palsu, Netizen Mahu Ustaz Ini Dikenakan Tindakan

Ahli GPMC Kedah Cadang Pakai ‘Tin Foil’, Takut Diganggu Dengan Isyarat 5G Vaksin COVID-19

Anda Mungkin Suka