Berita kehilangan bintang berbakat vokalis kumpulan XPDC, Mael yang meninggal dunia telah disahkan oleh anaknya membuatkan ramai peminat turut bersedih.

Terbaharu, tular di media sosial sebuah video suntingan temu bual panggilan telefon secara ‘live’ di kaca TV dimana memaparkan Dato’ Hattan ‘menyekolahkan’ pembaca berita yang mengajukan soalan kepadanya dalam satu segmen mengenang pemergian Mael XPDC di Astro Awani Berita 501.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Menerusi video suntingan tersebut, Dato’ Hattan mempersoalkan mengapa pembaca berita itu tidak membuat research terlebih dahulu sebelum menemu bualnya dan seolah-olah berasa kecewa apabila pembaca berita itu salah meneka penulis lirik serta meminta orang yang betul-betul tahu untuk menemubualnya.

Selepas pembaca berita tersebut mengucapkan terima kasih kerana memberi sedikit ucapan takziah diatas pemergian Allahyarham Mael, Dato’ Hattan secara tiba-tiba memutuskan panggilan telefon.

Susulan itu, rata-rata netizen menzahirkan rasa kasihan kepada pembaca berita terbabit dan mengatakan tindakan Dato’ Hattan tidak wajar kerana mempermalukan pembaca berita itu.

Bukan itu sahaja, segelintir netizen turut mengecam tindakan Dato’ Hattan yang dikatakan kurang beradab dan tidak sepatutnya dia bertindak seperti itu.