Kerajaan telah bertindak menutup operasi Top Glove Corporation Berhad di lima negeri pada 26 November lalu. Ini berikutan terlahirnya Kluster Teratai di salah sebuah kilang Top Glove di Meru, Klang yang menjadi penyumbang terbesar kes COVID-19 di Malaysia.

Susulan daripada itu, Kementerian Sumber Manusia bersama-sama dengan Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) telah membuka 19 kertas siasatan terhadap pengeluar sarung tangan getah terbesar dunia kerana tidak mematuhi Akta Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446), lapor MalaysiaKini.

BeFunky-collage-42
HYPE
Pengalaman Berharga, McDonald’s Tawar Peluang Untuk Anda ‘Spend Time’ Bersama Finalis AJL 35
Baca lagi →

Dalam satu kenyataan kepada media, JTKSM berkata bahawa siasatan menyeluruh mendapati majikan telah gagal untuk memohon pensijilan untuk tempat tinggal pekerja daripada JTKSM berdasarkan Seksyen 24D Akta 446.

Kesalahan lain termasuk asrama dan tempat tinggal yang sesak serta keadaan dan pengudaraan yang teruk. Selain daripada itu, bangunan yang dijadikan tempat tinggal juga tidak mematuhi undang-undang pihak berkuasa tempatan (PBT), lapor Malay Mail.

Top Glove sebelum ini telah mendapat perhatian yang meluas setelah 3,400 pekerjanya dijangkiti wabak COVID-19. Kebanyakan rakyat Malaysia mahu Top Glove bertanggungjawab kerana tidak menjaga kebajikan pekerja sehingga tercetusnya kluster terbaharu di Selangor.

Media antarabangsa, Chanel 4 News sebelum ini pernah menyatakan bahawa kediaman tempat tinggal pekerja warga asing di sana ‘mengerikan’ apabila mereka terpaksa berhimpit seramai 24 orang di dalam satu bilik dan berpotensi menjadi tempat penyebaran wabak COVID-19.

Sekiranya disabitkan kesalahan di bawah Akta 446, seorang majikan boleh dihukum denda sehingga RM50,000 untuk setiap kesalahan.

Untuk rekod, awal bulan ini, Top Glove terpaksa menghentikan sementara operasi di beberapa kilang di Malaysia setelah ribuan pekerja diuji positif wabak COVID-19.

Terdahulu, kes COVID-19 warga asing naik mendadak di kilang Top Glove. Klik pautan di bawah.

Kes COVID-19 Warga Asing Naik Mendadak, Rakyat Malaysia Mahu Top Glove Bertanggungjawab

KWSP Beli 13.2 Juta Saham Top Glove

Untung Besar Di Tengah Pandemik COVID-19, Pemegang Saham Top Glove Terima Dividen Hampir RM1 Bilion

Anda Mungkin Suka