Sewaktu menunggu lampu isyarat merah, kita pasti ternampak pelbagai ‘aksi’ yang dibuat oleh pengguna jalan raya lain sehingga membuat kita kelu selepas melihatnya, sama seperti seorang pengguna TikTok ini.

Baru-baru ini ketika @icelatte_1 sedang menunggu lampu isyarat merah, dia ternampak seorang rider penghantar makanan turun daripada motosikalnya untuk mengemas beg carrier di belakangnya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Lalu rider itu kelihatan membuka ‘kuda-kuda’ sebelum melibas kaki kanannya secara ‘back-kick‘ untuk menaiki semula motosikalnya, bagaimanapun kakinya tidak sampai dan tersangkut pada bahagian hadapan motosikal.

https://www.tiktok.com/@icelatte_1/video/7131688978884889882?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1

Sejurus itu dia mengurut kaki dan segera menaiki motosikal seperti biasa. Bak kata orang dahulu — sakit dapat, malu pun dapat selepas skil ‘kung-fu’ untuk menaiki motosikal tidak menjadi dan diperhatikan oleh pengguna jalan raya lain.

Ramai pengguna TikTok lain menyatakan mereka tidak dapat menahan daripada ketawa selepas menonton video pendek itu. Walaupun tiada sebarang dialog atau bunyi tambahan, aksi rider itu sudah cukup mencuit hati bagi sesiapa yang melihatnya.

Sumber Gambar: TikTok @icelatte_1
Sumber Gambar: TikTok @icelatte_1

Jika ‘abang rider kung-fu’ menonton semula video ini, semoga ia menjadi salah satu kenangan manis buatnya semasa dia menjalankan tugas menghantar makanan kepada pelanggan.

Pada tahun lalu, orang ramai teruja selepas melihat seorang rider mengambil selekoh seperti pelumba profesional. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

Macam Pelumba MotoGP, Aksi Rider GrabFood Ambil ‘Corner Baring’ Curi Tumpuan Ramai

Lambat Sentuh Kad Touch ‘n Go, Pemandu Kereta Kena Marah Dengan Penunggang Motosikal

Cuba Bayar Tol Guna Kad Touch ‘n Go, Tindakan Motosikal Ini Undang Persoalan Orang Ramai