Setiap kali menjelang Hari Raya Aidilfitri, Aliff Syukri Kamarzaman pastinya tampil dengan lagu raya beliau sendiri. Menampilkan elemen yang membuatkan beliau dikecam serta menjadi buah mulut netizen sudah menjadi suatu kebiasaan.

Terbaharu, menggunakan skrip yang sama, usahawan yang mendakwa beliau penyanyi nombor satu negara ini sekali lagi tampil dengan muzik video lagu raya terbaru yang dimuat naik di Instagram malam tadi. Usahawan ini turut memaklumkan muzik video penuh lagu tersebut bakal dilancarkan tidak lama lagi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Meskipun baru sahaja dimuat naik muzik video yang hanya beberapa saat tersebut, Aliff Syukri nampaknya sekali lagi membuat para netizen berang. Mendakwa beliau seolah seakan mencabar dan tidak menghormati bulan Ramadan antara yang didakwa netizen.

Sumber: Instagram @aliffsyukriterlajaklaris
Sumber: Instagram @aliffsyukriterlajaklaris
Sumber: Instagram @aliffsyukriterlajaklaris

Bukan itu sahaja, terdapat netizen yang mencadangkan agar pihak berkuasa tampil untuk mengambil tegas terhadap usahawan ini.

Sumber: Instagram @aliffsyukriterlajaklaris

“Awak, apa salah saya awak?”, jawapan ringkas Aliff apabila netizen mulai mempertikaikan tujuan beliau memuat naik video muzik raya dengan kehadiran kumpulan lelaki yang memakai baju Melayu ketat tersebut.