Raya tahun ini pastinya raya yang paling bermakna buat kita semua kerana kita boleh raya sakan! Banyak perkara yang kita terpaksa korbankan sepanjang 2 tahun kita melawan COVID-19. Antara perkara yang kita rindu pastinya perjalanan untuk balik kampung ketika hari raya kan?

Sebelum tiba hari raya, apa kata anda ‘raya’ dahulu bersama kami di Raya Havoc 2022? Sebabnya tak perlu tunggu raya pun untuk anda akses website ini yang menyajikan macam-macam tip serta tip sempena bulan Ramadan dan Syawal yang akan tiba nanti.

MSelamat datang ke Raya Havoc 2022!

Selamat datang ke rumah terbuka Raya havoc 2022!

Raya Havoc 2022 ini kalau ada tak singgah memang rugi kerana setiap ruang mempunyai keunikannya yang tersendiri. Kira macam open house yang anda boleh pergi secara virtual. .

Kita ada LBS Bina Bumbung Kekasih, Dapur Kawan, Bilik Lepak SEISMIK, Bilik Muzik Medklinn, Ruang Vocket, Ruang Santai OHBULAN! dan Lobi Raya Havoc. Di setiap ruang ini terkandung macam-macam info menarik untuk anda explore. Siap ada minigame kira ketupat lagi! Jadi jom kita lihat apa yang ada di setiap ruang.

1. LBS Bina Bumbung Kekasih

Paling atas kita ada LBS Bina, di mana mereka mahu Raikan Rezeki bersama anda. Istimewa raya tahun ini, pelbagai bonus menarik akan diberikan kepada pembeli rumah LBS antaranya yuran guaman percuma, bayara booking rendah dan pakej untuk anda beli perabot buat rumah baharu anda. Berminat? Klik di sini.

2. Dapur Kawan

Kalau kita ke rumah saudara mara, paling best lepak di dapur sebab ada makanan. Jika anda ke Dapur Kawan, anda boleh dapat tip untuk hasilkan menu sahur semudah ABC! Mudah disediakan dan dapat pastikan anda bertenaga sehingga waktu berbuka.

3. Bilik Lepak SEISMIK

Di bilik Lepak Seismik, anda boleh dapatkan doa harian yang anda boleh amalkan setiap hari, checklist barang hiasan apa yang akan meriahkan lagi rumah anda ketika raya serta 7 penjual di Shopee yang jual baju sedondon ketika raya. Barulah puas nak raya nanti!

4. Bilik Muzik Medklinn

Bila terjadinya pandemik, baru kita ambil berat tentang kualiti udara yang bersih yang kita sedut setiap hari. Medklinn hadir dengan solusi untuk udara yang sentiasa bersih apabila mereka hasilkan steriliser yang portable pada harga yang mampu milik! Boleh bawa ke mana sahaja anda pergi. Mudah.

5. Ruang Vocket

Ehem, ini ruang paling hype di Raya Havoc 2022. Vocket belanja 3 resipi air yang pastinya dapat hilangkan dahaga dan kelesuan anda selepas seharian berpuasa. Memang kena cuba sebab simple sahaja cara buatnya!

Dan tak lupa idea untuk anda OOTD ketika raya nanti. Dan sebelum itu, best dressed untuk anda yang kongsi outfit raya anda dengan hashtag #VocketFits boleh menang hadiah duit raya daripada kami! Jangan lupa flex outfit raya anda nanti okay?

6. Ruang Santai OHBULAN!

OHBULAN! ada kongsi tip untuk raya yang lebih selamat sebelum balik ke kampung halaman. Lepas itu anda boleh juga main poll menarik untuk isi masa lapang. Memang ralit bila sudah mula buat poll ni.

7. Lobi Raya Havoc

Last but not least, Lobi Raya Havoc. Di sini anda boleh join main minigame kira ketupat! Cuba anda cari semua ketupat yang tersembunyi di setiap ruang. Anda hebat jika dapat jumpa semua ketupat bawah 30 saat. Cuba cabar kemampuan anda!

Kami dah kata memang meriah habis Raya Havoc 2022. Jika anda dah lawati, jangan lupa maklum pada rakan-rakan tentang website ini. Jemput datang semua!

Paling kita tunggu-tunggu setiap kali hendak raya pastinya iklan raya daripada jenama terkemuka negara. Jom kita throwback sedikit iklan raya yang pernah keluar sebelum ini.

Tonton ‘Rumah Epik Fantastik’ Iklan Raya TNB Yang Paling Havoc

‘Ini Iklan Raya, Tau?!’ – Lucu Dan Kreatif, Iklan Ini Raikan Wanita Menjelang Hari Raya Nanti

5 Iklan Raya Mesti Tonton 2021