Kecoh baru-baru ini apabila tular perbualan ‘child grooming’ melibatkan seorang pendakwah selebriti terkenal iaitu PU Azman bersama seorang individu yang didakwa pelajar sekolah menengah.

Isu yang berlaku secara tidak langsung membuatkan ramai terkejut mengetahui PU Azman yang sering tampil di kaca TV membincangkan soal agama terpalit dengan isu seperti ini. Malah, tular di Instagram @capricedaddycap baru-baru perbualan individu yang didakwa sebagai PU Azman bersama seorang pelajar.

Baca Juga:

Menerusi perbualan yang dikongsikan, Caprice melabelkan perbualan tersebut sebagai cara gay-child-predators menarik perhatian mangsa. Difahamkan mangsa yang merupakan seorang pelajar dari Perak ini hadir bertemu Caprice untuk berkongsi ‘pengalaman’ yang dilalui beliau.

Perbualan yang dikongsikan telah menimbulkan pelbagai respon di kalangan netizen. Terdapat netizen yang mempertikaikan tujuan mangsa melaporkan kepada Caprice berbanding kepada pihak polis. Tidak kurang juga kurang bersetuju dengan langkah Caprice untuk mengongsikan perbualan di media sosial.

Sumber: instagram Capricedaddycap
Sumber: instagram Capricedaddycap

Malah, terdapat netizen yang mempertikaikan mengapa pelajar berkenaan seolah ‘melayan’ dengan perbualan PU Azman tersebut. Meskipun menerima pelbagai respon dan tohmahan, Caprice menerusi Instagram Stories tampil memaklumkan tujuan beliau mendedahkan perkara ini bagi mengelakkan lebih individu atau pelajar yang menjadi mangsa.

Sumber: instagram capricedaddycap
Sumber: instagram capricedaddycap

Caprice turut memaklumkan mereka yang mengecam beliau seharusnya sedar betapa teruknya impak child grooming atau hubungan sesama jantina melibatkan individu bawah umur ini mampu memberi kesan kepada mental mangsa.

Beliau turut sedia memaafkan individu yang mengecam beliau dan berharap isu seperti ini tidak lagi berulang kerana masih ramai lagi mangsa yang mendiamkan diri kerana takut isu yang dibongkarkan tidak dipercayai ramai atau tidak mendapat keadilan sewajarnya.