Sejak seminggu yang lalu, negara kita mengalami perubahan kerajaan selepas perdana menteri ketujuh, Dr Mahathir Muhammad mengumumkan letak jawatan selepas hampir dua tahun menyandang posisi tersebut.

Perletakan jawatan beliau itu juga sekaligus menjadikan barisan kabinet yang dibentuk selepas Pilihan Raya Umum Ke 14 yang lalu juga terbubar dan portfolio menteri juga bakal berubah selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin diumumkan sebagai perdana menteri yang baru.

Antara yang turut meninggalkan pejabat mereka selepas peralihan kerajaan ini adalah bekas Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

Tatkala netizen dan masyarakat meninggalkan perhargaan buat menteri-menteri seperti menteri kesihatan Dr Dzulkefly, berbeza pula dengan Anthony yang memberikan ucapan penghargaan buat pemandu peribadinya, Hazril.

“Saya selalu mendapat pujian daripada penganjur majlis dan wartawan bahawa saya selalu sampai ke majlis lebih awal daripada jadual.

“Sebenarnya, kredit itu pergi kepada Hazril […]. Time managementnya sangat baik. Saya jarang lewat ke mesyuarat atau majlis.

Menurut Anthony, Hazril adalah pemandunya sejak hari pertama dia menjejakkan kaki ke Kementerian Pengangkutan dan sentiasa bersamanya dalam tempoh hampir dua tahun dia berkhidmat di sana.

Walaupun sentiasa bersama beliau sehingga ke lewat malam bagi menghadiri program, namun Hazril menurut Anthony tetap akan sampai ke rumahnya di awal pagi.

“Tak pernah complain, tak pernah kata letih.

“Dia selalu kata , “YB cakap saja nak keluar pukul berapa,” tulisnya di Facebook.

Menganggap Hazril sebahagian daripada pasukannya pejabat Menteri, Anthony juga sempat berpesan kepada Hazril dan isterinya yang juga merupakan kakitangan Kementerian Pengangkutan dalam kiriman tersebut agar terus berkhidmat dengan bersungguh-sungguh.

“Saya juga harap anak comelnya sentiasa sihat,” kongsi Anthony di Facebook.

Anthony Loke adalah menteri pengangkutan Malaysia dan pernah mencuri tumpuan sebelum ini selepas ‘turun padang’ secara mengejut bagi memeriksa mesin tiket KTM di sekitar Kuala Lumpur pada awal tahun lalu.

Tetapi selepas kabinet secara rasminya terbubar pada minggu lalu, Anthony tidak lagi memegang jawatan tersebut selepas hampir dua tahun bergelar Menteri Pengangkutan.

Baca perkongsian kami tentang netizen yang menzahirkan ucapan terima kasih mereka buat Menteri Kesihatan Malaysia, Dr Dzulkefly Ahmad yang turut meninggalkan jawatannya sebagai menteri. Klik pautan di bawah untuk membaca. 

Berjaya Tangani Covid-19 Dan Larangan Merokok Di Restoran, Netizen Kenang Jasa Bekas Menteri Kesihatan

Landskap Politik Malaysia, Golongan Mana Paling Rugi Jika Berlaku Perubahan Kerajaan?

Kemelut Politik Di Malaysia, Bagaimana Dunia Luar Melihat Kita?

 

Sumber