Perkenalan saya dengan si dia bermula seawal usia 14 tahun (tahun 1997). Bercinta dengan cik Dunhill 7s, cik Perrily’s 25s, cik Suria dan melekat di hati adalah Marlboro 14 soft pack. Dan paling akhir Marlboro 20 soft pack. Nampak macho ketuk soft pack sampai keluar rokok gitu.

Saya bermula bukan dengan pengaruh kawan. Saya terpengaruh dengan libido mahu nampak matang dan macho serta imej bad boy jejaka jejaka SBP di Sekolah Menengah Sains Sultan Mohamad Jiwa.

Kesimpulannya saya terpengaruh dengan lagak rakan-rakan yang nampak macho bila menghembus huruf ‘O’ ketika saya masih mengira bulu di kaki.

Bermula dengan achai jaga line di tandas. Jadi achai fly beli rokok dan sampailah jadi senior yang pau rokok junior. Adrenalin ketika membuat senaman paru paru dengan risiko tertangkap memang mengujakan.

Degupan jantung ketika menyeludup rokok masuk ketika keluar outing memang tidak pernah dilupakan. Tambah lagi saya dulu usahawan Maggi. Jadi mudahlah saya seludup ke dalam asrama.

Alhamdulillah saya tidak pernah tertangkap atau tergantung sekolah. Malah menjadi Pengawas sejak tingkatan 3 (saya pun tidak tahu mengapa). Sampailah tingkatan 5 saya dilucutkan jawatan dan bukan atas sebab rokok – ironi bukan?

Pada harijadi 18 tahun iaitu umur dibenarkan merokok, ayah saya membawa saya berjalan jalan – ‘father and son’ moment di dalam kereta. Menasihatkan saya dengan umur 18 tahun jangan merokok kerana rugi dan tidak berfaedah. Sebagai anak yang baik saya mengiyakan sahaja dengan berkata “baiklah ayah”.

Kehidupan saya sebagai perokok yang macho diteruskan di matrikulasi Kolej Taj
universiti UPM, bisnes MLM Luxor, bisnes komputer OKCS

Saya selalu ditanya oleh kawan kawan, bila nak berhenti rokok? Jawapan saya selalunya “sudah bermula mengapa mahu berhenti?”

Saya memang tidak pernah ada niat berhenti merokok hatta bila pergi kursusk xx tahun 2012. Kan ada sesi baling rokok. Saya tak terusik nak baling pun. Dalam hati saya berkata semua yang buang rokok ni poyo. Memang poyo pun. Semua isap rokok balik selepas kursus xx. Semangat kejap je.

berhenti-merokok-2

Sehinggalah 2013, saya dilanda demam dan terlantar seminggu. Dan of course BUKAN sebab rokok. Yang menjadi cabaran kepada saya adalah kerana saya tidak boleh duduk saja dan sakit. Saya mesti bekerja. Dan oleh sebab demam tak kebah-kebah membuatkan saya tak tahan lagi nak tinggal di rumah.

Maka pada hari ke 10 saya demam, saya berdoa, “Allah kau sembuhkan aku. Aku berjanji akan berhenti merokok.”

Tahu jadi apa? Esoknya saya sihat. Dan berdasarkan janji saya, saya patuh dan taat. Saya tidak sentuh rokok sampai ke saat saya menulis artikel ini. Alhamdulillah.

Rindu rokok? Tidak pernah.
Susah nak tinggalkan rokok? Senang je.
Nak merokok balik? Tidak pernah terfikir.

Apa saya dapat lepas saya berhenti merokok? Satu, poket sentiasa ada duit. Kedua,  terasa ringan otak kerana dulu bila sangap rokok kena carik mana tempat makan jual rokok (kalau tak ada kawan nak pau).

Ketiga, mudah didampingi kerana saya tidak berbau rokok. Keempat, anda boleh rasa rezeki lebih mudah sampai dan tidak disekat-sekat. Kelima, susah nak sakit.

Bila saya jadi quitter, saya juga sedar satu perkara. Orang merokok ni banyak buang masa. Nak masuk kereta merokok. Nak keluar kereta merokok. Berak nak rokok. Lepas makan nak rokok. Nak mula meeting nak rokok. Lepas meeting nak rokok. Semua rokok. Semua benda di atas saya pernah buat.

Dan bila orang kata susahnya nak berhenti, TIPU.
Berhenti sikit sikit, jadah dia. Poyo gila kalau saya jumpa mamat macam ni.
Nak berhenti – berhenti jelah.

Sebab anda tidak berhenti adalah kerana anda tidak berhenti kerana Allah. Jika anda besarkan Allah, Allah akan bantu anda berhenti. Pernah mintak Allah untuk anda berhenti merokok? Saya pernah dan Allah bantu saya

Oh ya, saya bukan nak positionkan diri buat seminar berhenti merokok. Atau jadi ustaz yang anda cari selama ini. Saya berkongsi kisah saya dan si dia. 20 tahun saya merokok dan saya berhenti begitu saja. Lepaskan kisah cinta saya dan move on dengan hidup saya.

Mengapa kisah cinta? Kerana bibir saya bertemu bibir si dia lebih banyak dari bibir isteri saya. Dan jika anda kawan saya dan anda masih lagi merokok, go on – we still kawan.  Saya tidak letakkan rokok sebagai tanda kawan kita.

Saya pernah merokok jadi saya tahu bagaimana seronoknya menghembus asap menghalau puaka. Saya berdoa, Allah akan bantu anda stop dan jadi macho secara sihat.

Siapa sini quitter macam saya? Boleh kongsi kisah bagaimana anda berhenti?
Supaya menjadi inspirasi generasi akan datang.