Umum mengetahui bahawa mereka yang pulang dari Arab Saudi perlu menjalani kuarantin wajib dan memakai gelang pengesan pergerakan. Malah, perjalanan ibadah Umrah juga bakal disekat berikutan penularan varian Omicron.

Terbaharu, Azad Jasmin yang baru pulang dari mengerjakan umrah memuji tindakan kerajaan mengenakan gelang pengesan pergerakan tersebut. Akan tetapi, dalam Instastory miliknya baru-baru ini meluahkan rasa kecewa dengan kualiti peranti pengesan digital itu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Mana tidaknya, tracker yang dipakai kurang dari 24 jam sudah tercabut dan Azad turut meluahkan rasa bimbangnya sekiranya berlaku kepada jemaah umrah yang lain.

Difahamkan, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjelaskan bahawa mereka telah beberapa kali mencuba untuk menelefonnya tetapi tiada sebarang jawapan sehingga menyebabkan mereka berhubung menerusi aplikasi WhatsApp.

Bukan itu sahaja, Azad turut meluahkan kekecewaan kepada pihak KKM dan meminta agar menaiktaraf ‘tracker’ itu supaya lebih efektif dalam memastikan orang ramai patuh menjalani tempoh kuarantin.

Bagi anda yang terlepas berita berkaitan sekatan sementara ibadah umrah, klik sahaja pautan di bawah untuk ketahui lanjut.

Kes Omicron Libatkan Jemaah Meningkat, Kerajaan Tangguh Sementara Umrah Mulai 8 Januari Ini

‘Umrah Henti, London Boleh’- Netizen Cadang Negara Pilihan VVIP Juga Perlu Ditangguh Perjalanan