Seorang pakcik berusia 65 tahun telah menjual Nasi Lemak pada harga RM1 walaupun harga bahan mentah kini mula melonjak tinggi akibat daripada kesan ekonomi.

Azizan Mat Said yang ditemuramah oleh Kosmo! berkata bahawa beliau tidak sampai hati untuk menaikkan harga jualannya walaupun ia mengandungi barang asas seperti telur, ikan bilis, kacang tanah, timun dan sambal.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

“Semua barang sudah mahal se­perti ikan bilis, ikan temenung, telur dan ayam tetapi saya tak sanggup nak naikkan harga.

“Saya sudah biasa jual pada harga ini dan kebanyakan pe­langgan adalah orang kampung,” katanya yang berniaga bersama isteri­nya, Fatimah Ayob berusia 61 tahun.

Beliau yang juga bekas pemandu teksi berkata bahawa telah menceburi bidang perniagaan itu bersama isterinya sejak enam tahun lalu di Kampung Ruat, Kedah.

Selain nasi lemak, Azizan turut menjual masakan bergoreng selain nasi lemak bagi menampung kos perniagaannya.

Tambah Azizan, dia menjual sehingga 400 bungkus nasi lemak setiap hari dan turut menerima tempahan untuk majlis.

“Nasi lemak yang saya jual ada enam jenis lauk seperti bilis telur, ikan selayang, ikan tamban, ikan temenung, ikan talang masin dan ayam.

“Semuanya dibungkus de­ngan daun pisang,” katanya yang hanya berniaga selama dua jam bermula pukul 4 petang.