Seorang individu yang dikatakan menjadi sekutu ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho (Jho Low) meninggal dunia, tidak sampai sebulan selepas dia kembali ke negara ini.

Memetik Malaysiakini, sumber di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan seseorang yang dipaparkan dalam obituari bernama Kee Kok Thiam merupakan individu yang sama ditahan pada 3 Mei lalu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sebelum ini dia berada di luar negara selama lima tahun. Obituari menyatakan upacara pengebumian akan berlangsung di Kepong hari ini. Kee berumur 56 tahun.

Sementara itu, Malay Mail melaporkan Kee dipercayai meninggal dunia akibat sakit mengejut.

Sebelum ini dilaporkan bahawa Kee telah dihantar pulang dari Macau kerana tinggal lebih masa visanya.

Dia tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada jam 3 pagi pada 3 Mei dan dia diarahkan untuk pergi ke ibu pejabat SPRM pada jam 10 pagi hari yang sama.

Al Jazeera melaporkan semalam bahawa Kee memberitahu SPRM dia telah bertemu Low dan buruan kes 1MDB lain – termasuk Eric Tan Kim Loong, Casey Tang Keng Chee, Geh Choh Heng, dan Nik Faisal Ariff Kamil – di Macau.

Kee juga dilaporkan berkata bahawa Low telah mengarahkannya supaya jangan kembali ke Malaysia sebagai ‘saksi’ dalam kes 1MDB.

Kee kemudiannya dibebaskan tanpa sebarang pertuduhan dikenakan terhadapnya ‘pada masa ini’, kata laporan itu.

Sumber SPRM memberitahu Malaysiakini pada awal bulan ini bahawa Kee disyaki telah menggelapkan wang daripada 1MDB dan SRC International, melalui akaun sebuah syarikat bernama Wright Shaw Limited.

“Sebelum ini, SPRM dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Komersial Singapura dilaporkan berjaya merampas akaun Wright Shaw Limited membabitkan AS$5.2 juta (RM23 juta),” kata sumber itu.