Sebelum ini kecoh di media sosial apabila seorang wanita mengandung terjatuh ketika mahu menyertai cabaran yang dianjurkan oleh YouTuber Isa Isarb. Baru sahaja reda isu itu, muncul pula isu baru.
Terbaharu, Isa Isarb telah memuat naik video cabaran RM10,000 yang dianjurkannya. Perkongsian video tersebut telah meraih perhatian netizen disebabkan oleh penaja untuk video itu.
Teruk sangat dah mamat Isa Isarb ni,
Sampai terima company judi untuk sponsor video mereka.
Ini bukan iklan youtube, tapi memang dia sebut video di sponsor oleh M88.
Dia selidik tak M88 ni buat apa? Ke main terima sesiapa untuk sponsor?
Bawah ni dalil: pic.twitter.com/1bUfcrl1aj
— uzair yusof (@uzairyusof) April 26, 2022
Menerusi video itu, Isa Isarb mengatakan video itu telah ditaja oleh syarikat M88 dan ada netizen mendakwa bahawa ia syarikat perjudian. Secara tidak langsung, Isa Isarb telah mempromosikan syarikat perjudian kepada pengikutnya.
Lantaran itu, rata-rata netizen mempersoalkan tindakan YouTuber tersebut kerana menerima tajaan dan mempromosikan syarikat itu. Malah, ada juga netizen bimbang bahawa anak muda akan terpengaruh dengan perjudian apabila melihat promosi yang dilakukan oleh Isa Isarb.
Mula mula terima sponsor dari octa fx, kali ini terima company judi? Nauzubillah minzalik https://t.co/nZN4ta5PnD
— hadi (@hadisahnon_) April 26, 2022
Dah boleh spread awareness kat 2.84mil subs dia yg beragama Islam tu utk berhenti menyokong influenza yg sebegini. Sepatutnya dah boikot bermula dengan octafx tu, tapi takpa la, masih belum terlambat. https://t.co/enZg22ozVc
— hidden (@soulbeast44) April 26, 2022
Salah bbnu juga support video2 dia tu lah bila dh mewah biarpun x tahu cara dia dpt duit banyak senangnya disanjung even dia pun ni kaya sbb trading jer plus jd marketing company judi. Its not rocket science utk nk ckp duit yg dia bagi2 scara random not 100% halal🤦♂️🤦♂️ https://t.co/8Xeue6ZVcF
— eam (@zariq_eam) April 26, 2022
Rata-rata netizen juga menasihati Isa Isarb agar menyemak dahulu syarikat yang mahu memberikan tajaan kerana ia berkaitan dengan hukum halal dan haram. Sebagai YouTuber, seharusnya konten yang diberikan perlu mengandungi nilai yang baik agar bermanfaat bukan sebaliknya.
Bagi anda yang terlepas apa yang berlaku ketika cabaran dianjurkan, klik pautan di bawah untuk ketahui lanjut.
‘Tiada Common Senses’ – Netizen Kecewa Pengunjung Sepahkan Barangan Sewaktu Membeli Belah