Baru-baru ini satu keluarga langsung tidak menyangka salah satu kenderan yang dibawa mereka ke kawasan tanah perkuburan telah dipecah dan beberapa barangan berharga dibawa lari oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Kejadian tersebut dikongsikan oleh pengguna Twitter @fathiahmohd yang terkejut apabila melihat tingkap Toyota Estima bapa mertuanya telah dipecahkan dan pintu tempat duduk penumpang telah dibuka.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurutnya, kejadian itu berlaku sekitar pukul 10 pagi, 29hb April (Jumaat) di Tanah Perkuburan Lipat Kajang, Klang. Bapa mertuanya kehilangan beberapa dokumen penting serta sejumlah wang bernilai kira-kira RM8,000, yang dia ingin masukkan ke dalam bank selepas pulang dari tanah perkuburan tersebut.

https://twitter.com/fathiahmohd/status/1519857957814804480?s=20&t=rFZLm63pmrAUX5HYmsGY4A

Tambah @fathiahmohd lagi, kereta yang dinaikinya sendiri turut hampir dipecahkan juga. Bagaimanapun, suspek melarikan diri selepas ternampak kehadiran suaminya.

Hantaran itu telah mendapat perhatian warga Twitter lain yang mengecam tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab yang sanggup membuat kerja terkutuk itu di kawasan perkuburan, juga pada akhir bulan Ramadan yang mulia ini.

Sebahagian netizen turut menyatakan, ada juga pencuri yang sudah target di kawasan-kawasan terpencil seperti rumah ibadah dan tanah perkuburan kerana selalunya orang ramai akan meninggalkan beg di dalam kenderaan.

Netizen juga mendoakan agar mangsa boleh mendapatkan semula dokumen-dokumen penting tersebut dan pihak polis dapat mengesan pelaku terbabit secepat mungkin untuk dikenakan tindakan yang setimpal.

https://twitter.com/syahirahv_/status/1520221552427831296?s=20&t=Kph_GpPLhWG12OzXD9r5Pw

Dua orang jiran bergaduh ekoran pemasangan CCTV boleh bergerak. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

Seorang Lelaki Mengamuk Gara-Gara Mendakwa Kamera CCTV Milik Jiran ‘Intai’ Privasi Rumahnya

Pemandu Mercedes Tunjuk Lagak Samseng Selepas Dihalang Guna Lorong Kecemasan

Pemandu Ferrari 458 Dalam Insiden Pukul Pengguna Jalan Raya Pernah Dituduh ‘Scam’ Orang Ramai

Sumber