Honda, syarikat gergasi yang dikenali serata dunia hadir dengan iklan terbarunya yang boleh kami katakan tidak akan berhenti sehinggalah hari kiamat (sekadar metafora).

Kempen iklan tersebut dinamakan ‘Endless Road‘ dan melaluinya Honda ingin menyampaikan mesej bahawa perkhidmatan mereka dalam menyediakan kenderaan terbaik buat para pengguna adalah berterusan dan mereka komited terhadapnya.

Dengan Honda CR-V terbaru, iklan yang tiada penghujung ini jelas mencapai matlamatnya. Kereta ini tidak berhenti walaupun sesaat selama hampir 4 jam kami memainkan video iklan yang dimaksudkan. Akhirnya kami mengaku kalah.

Pada ketika artikel ini ditulis, Honda CR-V ini masih lagi meneruskan perjalanannya dan untuk versi ringkas anda boleh tonton video dibawah, memandangkan video sebenar hanya berhasil sekiranya anda menontonnya di YouTube ini.

Nota: Sekiranya anda perasan Honda CR-V dalam iklan ini berhenti, tolong cepat-cepat maklumkan kepada kami ya.

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W). Dibuat dengan cinta di Damansara ❤