Skuad Takraw Malaysia akhirnya telah menamatkan kemarau emas selama 24 tahun selepas menewaskan pasukan Indonesia 2-1 dalam acara regu lelaki di Palembang, Indonesia.

Anak buah Abdul Talib Ahmad pada mulanya tewas pada set pertama dengan 18-21. kebangkitan pemain bermula pada pertengahan set kedua selepas mereka awalnya ketinggalan 11-15 terus semangat berlawan untuk memberi tentangan hingga berjaya menberi kemenangan set kedua dengan mata 22-20.

za4g0030au-lenovo-tab-m10-hd-10-1-inch-tablet
HYPE
Lenovo Tab M10 HD, Pilihan Berbaloi Memenuhi Keperluan Anda Dengan Harga RM725
Baca lagi →

Pada set ketiga pemain Malaysia terus ghairah untuk mengutip mata dengan amat mudah menundukkan wakil Indonesia dengan kutipan mata 21-11.

Dengan kerjayaan mengalahkan wakil Indonesia, Malaysia akhirnya berjaya menamatkan kemarau emas yang kali terakhir mereka menangi pada tahun 1994 semasa Sukan Asia di Hiroshima, Jepun.

Anda Mungkin Suka