Iklan perjudian di media sosial terutamanya di Facebook sudah lama wujud dan tidak dapat disekat. Pasti ada sahaja yang ‘terlepas’ di timeline. Iklan yang dipamerkan juga turut menjanjikan pulangan yang menarik dan disebabkan itu ramai yang hanyut dengan perjudian dalam talian.

Namun dalam banyak-banyak iklan perjudian ini, iklan oleh laman Facebook Vib Pro ini paling ‘unik dan kreatif’ apabila menggunakan imej gadis bertudung dan lelaki Melayu untuk mempromosikan perjudian dalam talian mereka.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Setelah diperhalusi, gambar yang digunakan untuk mempromosikan perjudian ini menggunakan gambar stock photo gadis Melayu. Kemungkinan besar model di dalam gambar ini tidak mengetahui pun mereka ‘digunakan’ untuk mempromosikan laman perjudian.

Pihak Vib Pro ini juga bijak apabila mengiklankan perjudian ini menggunakan laman Facebook yang baharu. Walaupun akaun ini dipadam di masa datang, mereka tidak rugi apa-apa dan boleh membuat akaun baharu untuk kembali mempromosikan perjudian dalam talian.

Penggunaan gambar gadis dan lelaki Melayu ini tidak lain tidak bukan mahu menarik orang Melayu untuk sama-sama mencuba perjudian ini.

Mereka turut menjanjikan ‘kemenangan’ awal kepada pelanggan baharu. Tetapi itulah taktik licik semua jenis perjudian. Mereka akan memberikan anda kemenangan terlebih dahulu untuk buatkan anda rasa gembira dan makin susuah untuk menang di pusingan yang seterusnya. Jadi, anda yang sudah ketagih pasti akan melaburkan lebih banyak duit untuk menang dan ia pastinya sukar.

Perjudian adalah haram di sisi agama Islam dan matlamat tidak menghalalkan cara. Sebagai seorang Muslim yang bertanggungjawab, anda boleh report laman ini terlebih dahulu supaya iklan ini tidak lagi berada di Facebook.

Walaupun anda mungkin memerlukan wang, judi bukan caranya dan terdapat pelbagai cara lain yang anda boleh usaha untuk mendapatkan wang. Jangan terjatuh dalam perangkap perjudian dalam talian. Hidup anda pasti merana.

Ini pula kisah kasino halal yang beroperasi di aplikasi WeChat satu ketika dahulu. Anda boleh bacanya lagi di bawah.

‘Kasino Halal’ Berleluasa Di WeChat, Kenapa Wanita Muslim Kena Berhati-Hati

Guna Gambar ‘Anak Sakit’ Untuk Raih Simpati Taktik Terbaru Scammer Menipu Netizen

Angka Yang Mengejutkan, Hampir 90 Juta Panggilan ‘Scam’ Diterima Oleh Rakyat Malaysia Tahun Ini