Life Time Asia telah mengeluarkan siaran penuh salah satu episod pertandingan masakan, MasterChef Australia yang menampilkan penyanyi terkenal Katty Perry.

Episod khas yang diadaptasikan daripada lagu terkenal Katty Perry sendiri iaitu cabaran Hot n’ Cold menampilkan pelbagai masakan yang dibuat dengan citarasa pedas yang luar biasa.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Di dalam episod yang bersiaran secara langsung tahun lalu di Australia, Katty Perry telah mencuba salah satu masakan yang dibuat oleh seorang chef kelahiran Malaysia yang kini menetap di Australia, Poh Ling Yeow.

Poh telah menampilkan masakan budaya kelahirannya iaitu Rendang dan Pulut Kuning. Sewaktu kali pertama ditampilkan di hadapan para juri, masakan Poh mengingatkan Katty Perry kepada makanan tradisional Mexico, iaitu Burrito.

Dalam salah satu promo (tonton di atas) yang dikeluarkan tahun lalu, anda boleh lihat bagaimana Katy Perry mencuba hidangan Rendang dan Pulut Kuning yang dibuat khas oleh Poh.

“Oh ya, saya dapat merasakannya,” Katy Perry memberitahu Poh sebelum dia mula batuk.

Poh bertanya, “Adakah saya memasukkan rempah terlalu banyak?”

“Poh cuba membunuh saya,” kata Katy Perry kepada salah seorang juri, Melissa Leong.

Bagaimanapun, melalui siri penuh yang dikeluarkan di laman YouTube Life Time Asia (tonton di bawah), Katty Perry sebenarnya suka dengan makanan yang dihasilkan oleh Poh.

https://www.youtube.com/watch?v=xWkH32qoDRE

Pada minit ke 54:00, kelihatan Katty Perry tertanya-tanya makanan apakah ini. Tetapi selepas dia mencuba, kelihatan dia tidak boleh berhenti untuk makan.

Selain Katty Perry, ketiga-tiga juri yang lain turut memberi pujian kepada makanan Poh, mereka bukan sahaja memuji rasa dan teksur makanan tersebut, mereka juga turut memuji cara makanan itu dipersembahkan.

Untuk pengetahuan anda, episod ini berlangsung sewaktu Katty Perry sedang mengandung di usia 35 tahun. Selepas pengambaran tersebut, Katty Perry dikatakan mula mengidam makanan pedas.

Poh Ling Yiew lahir di Kuala Lumpur dan sempat bersekolah di SK Convent Bukit Nanas sebelum keluarganya berhijrah ke Australia di usianya 9 tahun. Dia yang kini menetap di Adelaide, Australia Selatan adalah salah seorang peserta yang diminati oleh peminat rancangan MasterChef Australia.

Angkara lambat masak rendang ayam, suami tampar dan ludah muka isteri berusia 66 tahun. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Angkara Lambat Masak Rendang Ayam, Suami Tampar Dan Ludah Muka Isteri Berusia 66 Tahun

Sumber