Kumpulan penggodam Rusia, Conti telah memohon maaf kepada keluarga diraja Saudi selepas membocorkan data sensitif mereka. Sesetengah pakar mengatakan kumpulan penggodam itu meminta maaf kerana takut ‘dibunuh’ dalam tindakan balas dendam dari keluarga diraja Saudi.

Kejadian ini bermula apabila Conti mengeluarkan beribu-ribu fail data yang dicuri dari kedai barang kemas British, Graff. Menurut The Times, beribu-ribu fail yang bocor itu termasuk data sensitif daripada orang penting termasuk David Beckham, Oprah Winfrey, Donald Trump, kepada keluarga diraja UAE, Qatar dan Arab Saudi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Kami mendapati data sampel kami tidak disemak dengan betul sebelum dimuat naik ke blog,” tulis kumpulan penggodam tersebut dalam satu kenyataan, “Conti menjamin bahawa sebarang maklumat yang berkaitan dengan ahli keluarga Arab Saudi, UAE dan Qatar akan dipadamkan tanpa sebarang pendedahan dan semakan.”

Kumpulan penggodam yang terkenal dengan serangan siber itu juga berkata selain daripada memadam data yang dibocorkan di laman rasmi Conti, mereka juga tidak akan menjual atau memperdagangkannya. Conti menjelaskan bahawa mulai sekarang mereka akan “melaksanakan proses semakan data yang lebih terperinci untuk sebarang operasi masa hadapan.”

Pakar keselamatan siber berkata Conti kelihatan bimbang dengan kemarahan pemimpin Timur Tengah tersebut, terutamanya Putera Arab Saudi Mohammed bin Salman, yang sebelum ini terpalit dengan dakwaan membunuh wartawan Jamal Khashoggi selepas beberapa rahsia keluarga diraja Saudi bocor kepada umum. Namun bagi sesetengah pakar pula, mereka mendakwa bahawa permohonan maaf dari Conti ini sengaja dilakukan bagi menimbulkan kekeliruan kepada masyarakat.

Lancar #opsbedil, ‘hacker’ dari Malaysia muncul wira selepas berjaya godam pengkalan data Israel. Untuk bacaan lanjut, klik pautan di bawah.

Lancar #OpsBedil, ‘Hacker’ Dari Malaysia Muncul Wira Selepas Berjaya Godam Pengkalan Data Israel

‘Hacker’ Dari Malaysia Mengaku Serang 300 VPN Korporat Indonesia

Lihat Scammer Dari India Ini Cuak Selepas Komputernya Digodam ‘Hacker’