Bagi mengawal penularan wabak COVID-19, kerajaan telah mewajibkan pemakaian face mask di tempat awam yang sesak dan juga ketika menggunakan pengangkutan awam berkuatkuasa mulai 1 Ogos 2020.

Jika anda gagal mematuhi arahan tersebut, anda boleh dikenakan saman sebanyak RM1,000. Akan tetapi, masih ada golongan yang kurang berkemampuan untuk mendapatkan face mask.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Seorang pengguna Twitter @khalids telah berkongsi gambar seorang pakcik yang mencari sesuatu dalam timbunan sampah di Pasar Besar Ampangan, Seremban.

Menerusi perkongsian beliau, pakcik tersebut mengatakan bahawa sedang mencari face mask.Ā Tambahnya lagi, pakcik tersebut berasa bimbang akan disaman jika tidak memakai topeng muka.

Perkongsian tersebut telah menarik perhatian netizen dan rata-rata netizen berasa kasihan sertaĀ mengatakan ramai diluar sana yang sebenarnya berdepan situasi sukar dan tidak mampu untuk membeli topeng muka.

Difahamkan ketika ini sudah ada insan yang membantu pakcik tersebut. Jika kita berasa susah, ada lagi insan di luar sana yang jauh lebih susah. Andai kata anda tahu sesiapa yang tidak mampu membeli ‘face mask’, mungkin anda boleh membantu mereka.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel berkaitan perkembangan penularan wabak COVID-19 di Malaysia. Klik sahaja pautan di bawah ini.

‘Kluster Sivagangga’, Restoran Di Kedah Ini Dilaporkan Tidak Merekod Butiran Pelanggan

Langgar Kuarantin, Wanita Yang Makan Di Kedai Ini Disahkan Positif COVID-19

PM Umum Lanjutan Moratorium Dan Bantuan Bank Bersasar Kepada Golongan Memerlukan