Seorang lelaki di AS ditahan selepas tinggal di lapangan terbang selama tiga bulan kerana takut dijangkiti dengan wabak COVID-19 jika dia pulang ke rumah.

Lelaki berusia 36 tahun bernama Aditya Singh. Pada 19 Oktober 2020, dia menuju ke Chicago dari Los Angeles dan tidak pernah kembali ke rumahnya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dilaporkan oleh BBC, kisahnya tinggal di lapangan terbang selama tiga bulan mula dihidu oleh pihak berkuasa apabila dua pegawai United Airlines di Lapangan Terbang O’Hare di Chicago, AS, memintanya menunjukkan kad pengenalan.

Singh memberikan kad pengenalan ‘palsu’ kepada pegawai lapangan terbang, tetapi rupanya kad pengenalan tersebut adalah milik pengurus operasi lapangan terbang yang hilang sejak Oktober 2020.

Bertindak atas keraguan, kedua-dua pegawai United Airlines terus memanggil pihak kecemasan dan polis terus menahan Singh.

skynews-chicago-airport-aditya-singh_5242234
Aditya Singh – Sky New

Setelah dikenalpasti, Singh tidak mempunyai apa-apa rekod jenayah. Dia mempunyai ijazah sarjana dalam bidang hospitaliti dan kini menganggur, lapor CNN.

Menurut laporan Chicago Tribune, penolong peguam Kathleen Hagerty memberitahu hakim bahawa Singh mampu bertahan selama tiga bulan di lapangan terbang dengan bantuan dari penumpang lain.

Hagerty juga mengatakan Singh “takut pulang kerana COVID-19.” Manakala kad pengenalan pengurus operasi lapangan terbang yang digunakan Singh tidak dicuri, tetapi dia menjumpainya.

“Mahkamah mendapati fakta dan keadaan ini cukup mengejutkan untuk jangka masa yang diduga berlaku,” kata hakim, Susana Ortiz seperti yang dilaporkan oleh Chicago Sun Times.

Hakim juga mendapati bahawa apa yang dilakukan oleh Singh ada berbahaya kepada masyarakat. Dia memutuskan untuk menghukum Singh dengan jaminan sebanyak $ 1,000 jika dia mahu keluar dari penjara.

Singh juga telah dilarang untuk memasuki lapangan terbang tersebut lagi.

Tahun lalu, akibat belayar terlalu lama, pasangan ini tidak sedar dunia diserang wabak COVID-19. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Akibat Belayar Lama Di Tengah Laut, Pasangan Ini ‘Tidak Sedar’ Dunia Diserang COVID-19

Anak Perempuan El Chapo Dan Kartel Dadah Mexico Turun Padang Bantu Penduduk Terjejas Akibat COVID-19

Ketua Agama Yahudi Israel Dakwa Vaksin COVID-19 Buatkan Lelaki Menjadi Gay