Satu laporan mendakwa bahawa Presiden Rusia Vladimir Putin telah memecat 1,000 kakitangan peribadinya kerana bimbang mereka akan cuba membunuhnya dengan menggunakan racun, lapor Daily Beast memetik sumber dari kerajaan Rusia.

Presiden Rusia itu dilaporkan telah menggantikan ratusan kakitangan peribadinya kerana takut. Pemecatan ini berlaku ke atas tukang masak, setiausaha, pekerja dobi dan pengawal peribadi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Putin sebelum ini mendapat cemuhan sejak beberapa minggu kebelakangan ini kerana mengadakan pertemuan bukan sahaja dengan pemimpin asing, tetapi juga dengan kalangan dalaman sendiri dari jarak yang hampir jauh. Ini merujuk kepada kewujudan meja panjang.

Beberapa jet peribadi milik rakyat Rusia juga dilihat menuju ke Dubai, menimbulkan persoalan mengenai keselamatan domestik Putin di Moscow.

Seorang ejen perisikan Perancis mendakwa bahawa kemungkinan Putin akan disingkirkan daripada kuasa dalam rampasan kuasa yang datang dari dalam Kremlin, dengan pembunuhan sebagai salah satu cara untuk menghapusnya.

Memandangkan tokoh politik kanan Rusia secara terbuka menggalakkan mereka yang rapat dengan Putin untuk cuba membunuhnya, nampaknya ketakutan Putin bukannya tidak berasas.

Ejen perisikan Perancis mendakwa bahawa racun sudah tentu cara yang mungkin untuk Putin dibunuh jika itu berlaku.

Rusia vs Ukraine: Apa akan berlaku jika Vladimir Putin berjaya tawan kota Kyiv. Rujukn pautan di bawah untuk membaca.

Rusia vs Ukraine: Apa Akan Berlaku Jika Vladimir Putin Berjaya Tawan Kota Kyiv?

Perang Rusia Dan Ukraine, Apa Sebenarnya Yang Dimahukan Vladimir Putin?

Akibat Langgar ‘Pantang Larang’, McGregor Takut Dengan Vladimir Putin