Ketika ini, pasti ramai yang mahu berkahwin dan menganjurkan majlis persandingan selepas lama tertangguh disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Terbaharu, seorang pengguna Twitter @callmebiebi telah berkongsi keluhannya apabila harga pakej perkahwinan kini mahal dan tidak masuk akal berbanding daripada sebelum penularan wabak COVID-19.
Dasyat ye pakej kahwin sekarang.
Before covid 1000pax RM18k
Now 300pax RM25k:’)
— PS BIEBI (@callmebiebi) November 28, 2021
Menurutnya, ada pakej perkahwinan berharga RM25,000 untuk 300 tetamu dimana sebelum ini RM18,000 untuk 1,000 tetamu. Hal ini mendapat pelbagai reaksi netizen dan rata-rata netizen berasa terkejut dengan hal tersebut.
Bukan itu sahaja, segelintir netizen juga bersetuju bahawa harga pakej perkahwinan kini lebih mahal dan mengatakan menyesal tidak berkahwin ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Normalise kahwin with simple majlis in private & close invitation. In this current economic crisis & inflation, you’ll need those extra money more, for after-wed life rather than having huge majlis for the sake of “raja sehari”. I’d rather be happy with my wife for long instead. https://t.co/Szz597uZ7B
— ≠ (@haiqalzqal) November 29, 2021
Yes this is true & it happened to me as well. Nsib booked last year package so i still got the old rate, klau booking last minutes mcm skrg mmg gap 5k+ 💸 https://t.co/H2tZ4xOeLB
— Fatin Firzanah (@FirzanahFallice) November 29, 2021
Tachodt la nak kahwin 🥵 memang kahwin nanti aku buat untuk family and kawan terdekat jela haha https://t.co/rq71kGxGxT
— atie jo (@hidayatijohari_) November 28, 2021
Adik aku pun pening…dia haritu survey ada yg 23k utk 200 pax, tp semua all in..tp tu lah…23k https://t.co/uHw7KXun1w
— 🌻💕 (@theladymissN) November 29, 2021
Betul. Surveying for a friend. 300pax 12k. Tu just venue, makan and pelamin. Tak masuk benda lain.
18k for 300 pax, tak termasuk venue.
Padahal member kawin 1k pax March 2020 15k je. Nangis. https://t.co/fNaEoyiqtd
— Izzati Rosdi (@xatyrosdi) November 28, 2021
Malah, ada juga netizen mengatakan sekarang pengguna perlu bijak dan membandingkan pakej-pakej perkahwinan yang ada untuk mendapatkan harga terbaik. Para netizen juga ada yang tidak percaya harga pakej perkahwinan sudah mahal seperti itu.
Segelintir netizen juga berkongsi hasil ‘survey’ harga pakej perkahwinan terkini dan mendapati berlaku kenaikan harga. Pasti degan kenaikan harga ini akan menyukarkan pasangan yang mahu membuat majlis perkahwinan.
Sementara itu, kami kongsikan tip penting untuk anda pilih jurugambar hari bahagia anda pada pautan di bawah ini.
4 Tip Penting Sebelum Pilih Jurugambar Untuk Majlis Perkahwinan Anda
Ini 5 Lokasi Majlis Perkahwinan Terbaik Di Lembah Klang Khas Buat Bakal Pengantin