Semalam, Datuk Aliff Syukri telah memaklumkan bahawa dirinya telah disahkan dijangkiti wabak COVID-19 tahap tiga di Instagram miliknya. Kini, Aliff Syukri sedang menerima rawatan di sebuah hospital kerana virus tersebut sudah sampai ke bahagian paru-parunya.

Oleh itu, Aliff Syukri telah meminta maaf kepada semua yang mengenalinya jika pernah menyakiti, mengumpat, termakan sengaja atau pun tidak. Tambahnya, dirinya takut umur tidak panjang lalu meminta maaf dan memohon doa daripada semua orang.

https://www.instagram.com/p/CYES2H3lGyu/

Difahamkan, Aliff Syukri baru sahaja pulang daripada percutian di Turki bersama keluarganya dan telah di masukkan ke hospital sejak semalam. Sementara itu, ahli keluarganya yang lain hanya menjalani kuarantin kendiri di rumah.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya mendoakan agar Aliff segera sembuh. Perkongsian Aliff berhubung isu ini di Instagram mendapat lebih 50,000 tanda suka dan lebih 3,000 komen.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah ini.

Curi Publisiti Dan Ambil Barangan Mangsa Banjir, Nabila Huda Berang Dengan Perangai Wanita Ini

Ambulans Didakwa Terpaksa Berhenti, Pihak Polis Jelaskan Isu Beri Laluan Pada Konvoi VIP

Mahu Hantar Bantuan, Tindakan Individu Ini Bertengkar Enggan Bayar Tol Undang Pertikaian Netizen