Baru-baru ini, pakaian atlet paling muda kontinjen Malaysia di Sukan Asia 2018 iaitu Ian Nuriman Amri mendapat perhatian netizen.
Beliau yang mewakili Malaysia dalam acara papan selaju (skateboard) menjadi perhatian kerana beliau memakai seluar sekolah dan tali pinggang berjenama Kikilala untuk bertanding.

Ini Ian Nuriman Amri, atlit paling muda kontijen Malaysia di Sukan Asia 2018. Main acara papan selaju (skateboard)
Benda paling power, deme pakai seluar sekolah sama tali pinggang Kikilala je bertanding.#AsianGames2018 pic.twitter.com/4cvcDoFtQe
— AdamZamri (@Adam_Zamriii) August 28, 2018
Rata-rata netizen memuji beliau dan berharap yang beliau akan buat yang terbaik untuk pertandingan tersebut.
Tapi ada perkongsian yang turut mengejutkan kerana bapa beliau yang merupakan jurulatih beliau terpaksa menggunakan wang sendiri untuk ke Indonesia berikutan tidak menerima penajaan daripada pihak atasan.
Paling sedih coach dia (bapa) guna duit sendiri pergi sana pic.twitter.com/jSHjfX9Ymp
— 👀 (@XsyajariX) August 28, 2018
Menariknya, berikutan tular berita mengenai kisah Nuriman Amri, beliau secara tidak sengaja berjaya menerima pelbagai penajaan daripada orang ramai yang ingin memberi sokongan kepadanya. Tahniah diucapkan buat para netizen yang sangat prihatin tentang atlet negara.
Mungkin pihak Kementerian Belia dan Sukan akan memberi lebih tumpuan pada sukan skateboarding selepas ini. Sukan Olimpik 2020 bakal menjadi pentas pertama sukan skateboarding diangkat sama tinggi dengan sukan lain. Jika dibuat persediaan yang rapi, Malaysia boleh menang pingat menerusi sukan ini.