Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah mengumumkan pelitup muka bukan perubatan perlu mendapat perakuan SIRIM bermula 4 Julai ini.

Difahamkan, kerajaan telah bersetuju untuk menunda penguatkuasaan pewartaan perakuan standard pelitup muka ini selepas mengambil kira maklum balas dari orang ramai.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://www.instagram.com/p/CcCb4gwp_oL/

Sebelum ini, Jovian Mandagie telah menerima kritikan ramai apabila menyokong keputusan kerajaan ini dengan mengatakan ia adalah langkah yang bagus bagi membanteras pelitup muka yang tiada kualiti di pasaran.

Terbaharu, tular di media sosial video ‘live’ Jovian Mandagie mempromosikan pelitup mukanya dengan turut menampilkan Dato’ Sri Hajah Siti Nurhaliza. Apa yang menarik perhatian ramai adalah apabila tali pelitup muka tersebut putus apabila Dato’ Sri Hajah Siti Nurhaliza mahu memakainya.

https://www.tiktok.com/@aine050408/video/7084971366587452698?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7049159328120784386

Untuk pengetahuan anda, Jovian Mandagie menjelaskan bahawa pelitup muka keluarannya ‘Jovian Mask’ selamat dipakai dan berkualiti kerana telah diiktiraf oleh MDA sebelum ini.

Sedutan video ‘live’ tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen mengatakan kualiti pelitup muka keluaran Jovian Mandagie pun bukannya tidaklah berkualiti jika talinya senang terputus.

Malah, para netizen turut berpendapat bahawa kata-kata Jovian Mandagie memakan diri apabila beliau mengatakan perakuan SIRIM diperlukan untuk membanteras pelitup muka kualiti hauk di pasaran.

Tidak hanya itu, segelintir netizen turut mengatakan bahawa pelitup muka murah yang dibeli di pasaran lebih berkualiti daripada pelitup muka yang dijual oleh Jovian.

Malah, para netizen turut tertanya-tanya bagaimana pelitup muka tersebut boleh diperakui MDA. Justeru itu, netizen turut mengatakan adab dalam berniaga itu perlu dan tindakan Jovian sebelum ini kini memakan diri sendiri.

Bagi anda yang terlepas berita berkaitan pelitup muka perlu perakuan SIRIM, klik pautan di bawah untuk ketahui lanjut.

‘Dah 3 Tahun Baru Nak Buat’- Pelitup Muka Bukan Perubatan Perlu Cop SIRIM Cetus Perdebatan Netizen

Tular Video Peniaga Ayam Di Terengganu Kecoh Harga Jualan, Pembeli Ini Kongsi Situasi Yang Berlaku

Tuntut Sebanyak RM650 Juta, 650 Pemegang Akaun Saman CIMB Secara Berkelompok