Taliban telah mengharamkan penggunaan TikTok dan permainan PUBG di Afghanistan. Kumpulan itu berkata dua aplikasi itu menyesatkan anak muda Afghanistan, lapor NDTV.

Jurucakap Taliban, Inamullah Samangani, berkata Kementerian Komunikasi dan Teknologi Maklumat mengambil keputusan itu kerana kandungan kedua-dua aplikasi ini “menyesatkan generasi muda.”

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Kementerian Komunikasi dan Teknologi Maklumat diarah mengeluarkan aplikasi itu daripada pelayan internet dan menjadikannya tidak boleh diakses oleh semua orang di Afghanistan,” katanya.

Beliau juga berkata kerajaan Taliban akan menghalang penerbitan media yang menyediakan “bahan dan program tidak bermoral.”

Bukan itu sahaja, Samangani memberitahu Bloomberg bahawa “kandungan yang menjijikkan [TikTok] tidak konsisten dengan undang-undang Islam.”

“Kami menerima banyak aduan berhubung bagaimana aplikasi TikTok dan permainan PUBG membuang masa orang ramai,” katanya seperti dipetik The Independent.

Keputusan Taliban untuk melarang penggunaan kedua aplikasi tersebut diambil dalam mesyuarat kabinet pada Rabu.

TikTok sendiri merupakan aplikasi berasaskan perkongsian video yang kini digunakan secara meluas oleh masyarakat dunia. Sementara itu, PUBG ialah permainan video dalam talian dengan genre pertarungan.

Bukan sahaja di dunia, kedua-dua aplikasi ini juga popular di kalangan generasi muda Afghanistan.

Ribuan lari tinggalkan Afghanistan setelah ditawan Taliban, ini apa yang berlaku di sana. Rujuk pautan di bawah untuk membaca.

Ribuan Lari Tinggalkan Afghanistan Setelah Ditawan Taliban, Ini Apa Yang Berlaku Di Sana

640 Orang, Satu Pesawat: Kenapa Rakyat Afghanistan Takut Bila Taliban Berkuasa?

Taliban Rayu Syarikat Penerbangan Antarabangsa Sambung Semula Perkhidmatan Di Afghanistan