Jika anda salah seoarang 90’s kids, kami yakin permainan permainan seperti Pokemon dan Digimon antara yang pernah mengisi masa lapang anda.

Dalam pada itu, masih ingatkah anda dengan permainan Tamagotchi? Sebuah device kecil membolehkan anda membela pet yang sangat comel secara virtual. Jika ya, adakah anda masih menyimpan barang ‘antik’ ini?

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Hal ini kerana buat Tamagotchi yang dulunya dijual pada harga dibawah paras RM100 kini sudah menjadi barangan yang sangat rare. Selepas 21 tahun di dalam pasaran, Tamagotchi yang mula dilancarkan pada 1996 kini dijual di Amazon dengan harga $129.50 (~RM574.14).

Berita baik buat para peminat Tamagotchi! Memandangkan Tamagotchi masih mempunyai peminat yang tersendiri meskipun sudah mencecah 2 dekad, Syarikat Bandai bakal mengeluarkan kembali model ini dengan pemilihan 6 warna klasik. 90’s kid mesti suka.

Lebih menarik, model ini bakal dijual dengan harga lebih rendah berbanding 21 tahun yang lepas iaitu dengan harga runcit $13.55 (~RM60.07). Kemungkinan akan sedikit tinggi jika anda dapatkan daripada reseller.

perbandingan saiz Tamagotchi 1996 (Kiri) bersama Tamagotchi keluaran 2017 (kanan)

Difahamkan, satu perkara terbaru mengenai Tamagotchi edisi terbaru ini adalah saiznya dikecilkan. Walaubagaimanapun, fungsi sedia ada dikekalkan.

Setakat ini, versi terbaru Tamagotchi ini hanya boleh didapati di Jepun dan Amazon Japan sahaja. Jika anda seorang peminat Tamagotchi, mungkin ini alasan untuk anda ke Jepun atau kirim sahaja pada rakan anda yang mungkin akan melawat ke Jepun dalam masa terdapat.

https://www.youtube.com/watch?v=YV_24hXdbOU

Sumber