Nak bergambar sakan ala-ala di Afrika? Tak perlu pergi jauh, datang sahaja ke Taman Nasional Baluran. Taman Nasional Baluran turut dikenali dengan panggilan ‘little Africa’, terletak di Jawa Timur, Indonesia atau lebih tepat di Wilayah Banyuputih iaitu bahagian sebelah Utara Banyuwangi. Untuk datang ke sini sangat mudah, boleh melalui jalan yang menghubungkan daerah Surabaya ke Banyuwangi.

Jika Afrika terkenal dengan hidupan liar dan padang savananya yang luas, Taman Nasional Baluran juga tidak terkurang hebatnya. Kehadiran hidupan liar dan padangnya yang kering membuatkan anda rasa seolah-olah sedang berada di Afrika. Waktu terbaik untuk melawat Taman Baluran ialah ketika tibanya musim kemarau iaitu sekitar bulan Mei hingga Oktober.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menariknya, selain mirip ‘Afrika’, Taman seluas 25 ribu hektar ini merupakan satu-satunya hutan mini yang dipanggil ‘hutan segala jenis’ di Indoensia. Baluran memiliki hutan musim, hutan hujan, hutan paya bakau, savana, pantai, gunung, sungai sampailah ke terumbu karang. Semuanya anda boleh temui di Taman Nasional Baluran.

Harga tiket masuk yang dikenakan untuk pelancong asing adalah sebanyak Rp 6.000 iaitu lebih kurang RM2.00 sahaja. Terlalu berbaloi bukan?

1
Sumber: Stayhello.com
2
Sumber: akcayatour.com
3
Sumber: Detik.com
4
Sumber: Pintrest