Berada di celahan antara dua bangunan tinggi, kediaman 4 tingkat di atas tanah 8 meter panjang dan 4 meter lebar yang direkabentuk oleh Ryue Nishizawa ini begitu menyerlah dengan kehijauan yang ditampilkan pada wajah rumah ini. Tapi ia bukan cat warna hijau tetapi tumbuh-tumbuhan hijau yang ditempatkan di dalamnya.

Garden & House ini terletak di Tokyo, Jepun dimiliki oleh 2 orang yang terlibat dalam dunia penulisan dan penerbitan. Sesuai dengan alam pekerjaan mereka, bilik-bilik di rumah ini bersambungan dengan taman sehingga samar-samar antara ruang luar dan dalam rumah.

Rumah yang siap dibina pada 2011 ini turut banyak menggunakan cermin, langsir dan susur pagar agar lebih banyak cahaya dapat masuk ke dalamnya. Ini mewujudkan keadaan pencahayaan yang ideal untuk tumbuh-tumbuhan juga. Disamping itu, tumbuh-tumbuhan turut berfungsi sebagai pelindung privasi penghuninya.

Bahagian Luaran

Pandangan dari atas, kelihatan kediaman ini terletak di antara dua buah bangunan tinggi.

Ini pula pandangan mendongak dari bawah ke atas.

Pandangan dari tepi jalan

Pandangan depan kediaman

Pintu utama kediaman

Bahagian Dalaman

Gambaran Keseluruhan

BACAAN SETERUSNYA

© 2017 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W). Dibuat dengan cinta di Damansara ❤