Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Taman Nasional Komodo yang merupakan lokasi tumpuan pelancong di Indonesia dijangka akan ditutup selama setahun berikutan populasi biawak komodo berkurang.

Langkah tersebut diambil oleh Nusa Tenggara Timur untuk melakukan kerja baik pulih di kawasan Taman Nasional Komodo untuk menjadi lebih baik bahkan memastikan habitat komodo bertambah.

Keadaan fizikal komodo yang makin mengecil mungkin disebabkan faktor kekurangan makanan dan jika berterusan begini, komodo akan menyerang antara satu sama lain. Kekurangan sumber makanan komodo berpunca apabila populasi rusa berkurangan berikutan dicuri.

Walaubagaimanapun, tarikh Taman Nasional Komodo akan ditutup masih tidak diketahui. Nampaknya anda yang ingin melihat sendiri haiwan purba komodo ini mungkin terpaksa membatalkan hasrat anda buat sementara waktu.

Anda Mungkin Suka