Taman Rimba Ampang ditutup kepada orang awam bermula 5 Januari 2016 sehingga Mei 2019 bagi pembinaan Lebuh Raya Lembah Klang Timur (EKVE).

Menurut laporan The Star Online, taman rekreasi itu ditutup atas faktor keselamatan dan kesan alam sekitar.

huawei-cover-image-671×373
HYPE
Rasai Pengalaman Masa Akan Datang Dengan Peranti Terbaru HUAWEI Smart Life!
Baca lagi →

Difahamkan, notis telahpun ditampal bagi memaklumkan orang awam tentang penutupan taman rimba tersebut.

Kerja-kerja pembinaan lebuh raya sepanjang 39 km itu juga dijangka bermula bulan ini.

Pada 12 April 2014, Astro AWANI menyiarkan laporan tentang empat hutan simpan di Selangor termasuk Hutan Simpan Ampang (meliputi Taman Rimba Ampang) bakal hadapi ancaman pencemaran dengan pembinaan Lebuh Raya Lingkaran Luar Kuala Lumpur (KLORR).

EKVE adalah sebahagian daripada rangkaian lebuhraya KLORR.

Sebelum ini, sejumlah 8,260 penduduk telah menandatangani petisyen membantah cadangan penarikan semula pewartaan kawasan seluas 106.55 hektar di Taman Negeri Selangor yang turut meliputi Hutan Simpan Ampang untuk pembinaan KLORR.

BACA: Tol Persimpangan Bertingkat Seri Kembangan Lebuhraya MEX Percuma Selama Sebulan

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

Anda Mungkin Suka