Nampaknya taman tema air Hasbro yang pertama di dunia bakal dibina di Melaka tidak lama lagi dan dijangka akan dibuka pada tahun 2020. Pastinya anda teruja dengan berita ini dan tidak sabar untuk membawa keluarga berhibur di taman tema tersebut kelak.

Hal tersebut disahkan semalam oleh Meridian Bhd apabila satu perjanjian telah ditandatangani oleh M101 Holdings Sdn Bhd iaitu entiti persendirian Pengarah Eksekutif Meridian, Datuk Seth Yap bersama Hasbro Live.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Taman tema air Hasbro itu akan ditempatkan di Malaysia Tourism City (MTC) yang bakal dibina oleh Meridian di Kuala Linggi. Untuk pengetahuan anda, Hasbro merupakan jenama permainan antarabangsa yang terkenal dengan permainan seperti Nerf, My Little Pony, Mr Potato Head, Play-Doh, Battleship, Monopoly, Elefun & Friend dan Mousetrap.

Walau bagaimanapun, tiada maklumat lanjut mengenai rekaan yang akan diketengahkan untuk taman tema air ini berikutan ia masih lagi dalam peringkat awal. Marilah kita sama-sama menantikan hasilnya.