Di Malaysia, terdapat banyak taman tema menarik yang boleh dikunjungi dan boleh dikatakan memudahkan ibu bapa untuk merancang percutian untuk anak-anak mereka.

Jika semalam kita dikhabarkan dengan taman tema air Angry Bird telah dibuka, kini taman tema air berkonsepkan tropika pula bakal dibuka. Difahamkan, taman tema air tersebut terletak di Gamuda Cove, Dengkil dan akan dibuka pada Disember 2021.

thumbnail-watchgt21
HYPE
Kenapa Anak Muda Gilakan Jam Pintar HUAWEI WATCH GT 2 Ni? Katanya Boleh Play Lagu Lagi!
Baca lagi →
5d

Gambar hiasan. Sumber: Harian Metro

Menariknya, taman tema ini akan dipenuhi dengan pelbagai tanaman tropika dan menawarkan 18 permainan termasuk gelongsor yang dilengkapi kamera realiti maya (VR). Pastinya kelainan yang ditonjolkan ini akan memberikan pengalaman berbeza kepada pengunjung.

Malah, taman tema tersebut bakal hadir dengan sungai dan pantai buatan yang pastinya sesuai untuk semua golongan tidak kira dewasa, warga emas atau kanak-kanak dan pengunjung boleh bersantai di sana.

1-2

Gambar hiasan. Sumber: Libur

Untuk pengetahuan anda, sebahagian besar tarikan di taman tema tersebut juga adalah yang pertama di dunia, Asia atau Malaysia dan ianya memenuhi standard keselamatan yang ditetapkan The Global Association for the Attractions (IAAPA).

Pihak Gamuda juga mengatakan bahawa harga tiket yang bakal diperkenalkan kelak pasti akan jauh lebih murah. Pastinya para ibu bapa sudah tersenyum mendengar berita ini, bukan?

Sama-sama kita nantikan pembukaan taman tema air ini. Anda mungkin berminat untuk ke taman tema air Angry Bird di Semenyih yang baru dibuka. 

Pertama Di Dunia, Taman Tema Air ‘Mudah Alih’ Angry Birds Dibuka Di Semenyih

Train To Busan Antara Tarikan ‘Awesome’ Terbaharu Di Genting Highlands Yang Anda Wajib Cuba

‘Barbie & Hot Wheels’ Tarikan Terbaharu Di Lost World of Tambun

Anda Mungkin Suka