Ini berita baik buat anda yang suka mencuba sesuatu yang baharu. Taman tema dasar laut yang bakal dibuka di Bahrain merupakan taman tema dasar laut pertama di dunia.

Menariknya, kapal terbang Boeing 747 ditenggelamkan di dasar laut kepulauan Bahrain yang terletak di ibu kota Manama. Pastinya ini akan memberikan satu peluang dan pengalaman yang baharu kepada anda yang gemar menyelam.

Screenshot 2019-09-10 at 4.17.40 PM
HYPE
Jangan Kelipkan Mata Anda Dan Cari Apa Yang ‘Tersembunyi’ Untuk Menangi SAMSUNG S10 Plus
Baca lagi →

Walaupun pesawat tersebut ditenggelamkan untuk tujuan tarikan pelancong, akan tetapi habitat laut tetap dijaga dengan baik apabila bahan-bahan toksik daripada pesawat tersebut telah dikeluarkan demi menjaga kawasan persekitaran.

Malah, taman tema tersebut juga tampil dengan replika rumah peniaga mutiara tradisional Bahrain, terumbu karang buatan dan ukiran lain yang dibuat daripada bahan mesra alam.

Para pelancong boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai taman tema dasar laut ini dengan layari laman sesawang ini dan bagi anda yang gemar menyelam, ini adalah peluang yang harus anda rebut. Tidak sabar menanti taman tema dasar laut ini dibuka.

Anda Mungkin Suka