Action Park di Vernon New Jersey, United States merupakan pemegang rekod gelongsor air terpanjang di dunia sekarang dengan ukuran panjang 0.6km. Namun, tahun hadapan kita bakal menyaksikan rekod terpanjang akan bertukar tangan apabila taman tema Escape Pulau Pinang sedang membina gelongsor air dengan ukuran panjang 1km.

Pengasas Escape Sim Choo Kheng berkata, pengunjung akan diangkat menggunakan chairlift ke ketinggian 420m untuk ke tempat permulaan. Gelongsor ini akan merentasi Jalan Teluk Bahang dan akan berakhir dalam kolam mandi taman tema tersebut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Gelongsor air ini dijangka dibuka kepada orang ramai pada Disember 2018 disamping beberapa tarikan utama lain seperti Graavityplay. Tonton video di atas untuk lihat dengan lebih dekat.