Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Ini pastinya berita gembira yang ditunggu-tunggu oleh ramai pihak khususnya kita rakyat Malaysia. Akhirnya pihak Genting Malaysia Berhad telah mencapai satu persetujuan setelah isu kontroversi pembatalan hak pembinaan taman tema jenama Fox melambatkan pembukaan taman tema tersebut.

Taman Tema Outdoor Genting Highlands dijangka akan dibuka pada 2020 dan tidak akan menampilkan taman tema yang berkonsepkan jenama Fox. Sebelum ini, pembukaan Taman Tema Genting Highland yang bertemakan jenama Fox akan menapilkan replika dunia daripada filem-filem di bawah Fox, antaranya adalah Ice Age, Rio da Planet Of The Apes.

HYPE
Mudah Dan Memuaskan, REV Ad Manager Buka Peluang Bantu Promosi Perniagaan Tempatan
Baca lagi →

Walau bagaimanapun, tema yang bakal ditampilkan untuk menggantikan taman tema tersebut masih belum diketahui. Isu ini dikatakan akan dilakukan di luar mahkamah dan akan menandatangani beberapa perjanjian agar tiada isu yang akan berbangkit.

Sama-sama kita nantikan Taman Tema Genting Highlands yang akan dibuka tidak lama lagi. Diharap ianya akan lebih menarik dari perancangan sebelum ini dan akan dibuka awal.