Ini merupakan berita baik buat peminat Hello Kitty. Sanrio telah mengumumkan bahawa akan membuka cawangan baharu untuk taman tema Hello Kitty di Hanoi, Vietnam.

Untuk pengetahuan anda, Sanrio telah membuka taman tema Hello Kitty di beberapa negara iaitu Malaysia, China, Korea Selatan, dan dua lagi di negaranya iaitu Jepun. Walaubagaimanapun, tiada tarikh rasmi bila taman tema tersebut akan siap dibina tetapi ia dianggarkan akan dibuka pada tahun 2021.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
hello-kitty-town-HELLOKITTY0317
Sumber: Travel + Leisure

Taman tema tersebut akan tersedia dengan pelbagai permainan yang menarik dan pelbagai kemudahan yang akan tersedia. Malah, sesuai dengan nama taman tema tersebut iaitu Hello Kitty, pastinya karakter sseperti Hello Kitty, My Melody dan Pompompurin juga akan ada. Sama-sama kita nantikan pembukaan taman tema ini untuk melihat kelainan ia dengan taman tema yang berada di Malaysia.