Taman tema Huis Ten Bosch, Nagasaki, Jepun bakal menawarkan hotel pod terapung bagi para pelancong yang tidak puas dengan penginapan pemandangan tepi laut. Hotel pod terapung ini membolehkan para pelancong menikmati penginapan di tengah laut.

Reka bentuk hotel pod dua tingkat ini berbentuk bulat dilengkapi dengan ruang tamu, bilik tidur dan tandas. Pod yang berkeluasan 125 kaki persegi ini sesuai untuk didiami oleh 3 orang sahaja. Pod ini turut dilengkapi dengan ciri kalis Tsunami.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Hotel ini dirancang akan dibuka pada musim panas nanti dengan harga USD330 (RM1,290+-) semalam dengan syarat penginap mesti menginap sekurang-kurangnya 2 malam.