Taman tema MAPS merupakan destinasi pilihan untuk dikunjungi jika ke Perak. Akan tetapi, terdapat satu berita yang pasti akan membuatkan anda bersedih, terutama sekali anda yang tidak pernah berkunjung ke sini.

Setelah hampir tiga tahun beroperasi, taman tema Movie Animation Parks (MAPS) di Ipoh, Perak pada hari ini memaklumkan penutupan operasi sehingga suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
libur
FOTO: LIBUR.COM

Notis penutupan taman tema yang menjadi antara tarikan utama pelancong ke negeri itu diumumkan oleh The Receiver and Manager Animation Theme Park Sdn Bhd (ATP), daripada Messrs Ernst & Young seperti dilaporkan Harian Metro.

Perkhabaran penutupan taman tema itu juga mendapat pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

Rata-rata netizen berasa sedih dengan penutupan tersebut dan berpuas hati dengan perkhidmatan yang pernah ditawarkan oleh MAPS. Malah, ada juga berkongsi rasa tidak puas hati dengan perkhidmatan taman tema MAPS sebelum ini.

maspss

Apa pun yang berlaku, kita berharap agar semua pihak yang terlibat dapat mencari jalan penyelesaian agar taman tema ini dapat dibuka semula kelak.

Tahukah anda, MAPS pada bermula awal tahun lalu tidak mengenakan sebarang bayaran kepada pengunjung yang ingin memasuki taman tersebut dan hanya perlu membayar sekiranya ingin bermain permainan yang disediakan. 

Masuk MAPS Kini Percuma Mulai 1 Mac 2019

Studio Animasi Terkemuka Negara Sambut Baik Peruntukan RM20 Juta Dalam Belanjawan 2020

Persis Seperti Di Hogwarts, Lihat Kafe Konsep Harry Potter Di Ipoh